CELIK IT : PUAN STELLA ANAK DAVID

Nama : Puan Lennie Anak Umping
Umur : 37 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Puan Lennie merupakan seorang surirumah. Adakalanya jika ibu bapanya tak sibuk dan boleh menjaga anak-anaknya, beliau turut bekerja untuk membantu suaminya sebagai buruh pembinaan dan bergaji hari.  Beliau mula berjinak-jinak untuk membuka syarikat kecil dalam bidang kontraktor.  Oleh itu, beliau cuba untuk meningkatkan kemahiran ICT dengan menghadiri kelas-kelas di PIK.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Lennie tidak memiliki asas dalam komputer atau kurang mahir dalam menggunakan ICT sebagi medium komunikasi.  Kebanyakkan surat-menyurat dan dokumentasi berkenaan permohonan lesen daripada pihak berkuasa dibuat oleh rakan-rakannya dan juga mengupah orang lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti Kelas Literasi ICT & Digital yang dianjurkan oleh pihak PIK, Puan Lennie semakin mahir dan mampu menguasai dengan baik perisian Microsoft Office.  Kemahiran menggunakan perisian ini sudah tentu akan memberi keyakinan dan kelebihan kepadanya apabila berkecimpung dalam bidang kontraktor kelak.

Petugas mengutamakan topik-topik yang berkait secara langsung dengan keperluan di tempat kerja.  Contohnya, penguasaan dalam kemahiran menggunakan Microsoft Office seperti kemahiran menaip, mengisi data, dan membuat slide pembentangan. Menyediakan latihan secukupnya seperti latihan pengukuhan dan ujian ringkas mengenai satu-satu modul bagi menilai kefahaman peserta. Menyediakan sijil tamat kursus bagi membolehkan kemahiran yang dimilikinya mendapat pengiktirafan dan memudahkan urusan dalam menyediakan dokumentasi lesen perniagaannya kelak.

   Pn-lennie  IMG20201214120653

     kelas  IMG20201219112424  

Dalam bengkel ini, Puan Lennie mengikuti kelas Microsoft Word, Excel, Power Point dan Publisher. Kelas ini dibimbing oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet sambil dibantu oleh Puan Agatha, Penolong Pengurus Pusat Internet. Peserta, Puan Lennie sedang menyiapkan tugasan modul Microsoft Office iaitu Word, Excel, Power Point & Publisher.

IMG20201221094006-2

Puan Lennie menerima sijil penyertaan kursus Microsoft Office 2010 (Word, Excel, PowerPoint & Publisher) yang diberi oleh Puan Agatha Wisterina Stephen selaku Penolong Pengurus PIK.