KEUSAHAWANAN : JUNIOR BEAUTY CONSULTANT, MARY KAY BY PUAN KATHENINE BINTI GERUNA

Nama : PUAN KATHENINE BINTI GERUNA
Umur : 31 tahun
Ahli : 2021


Latar belakang

Sebagai surirumah sepenuh masa, Puan Kathenine menghabiskan masa seharian dengan urusan rumahtangga.  Selain, sibuk menguruskan keperluan harian, beliau turut aktif dalam media sosial dan berminat menjalankan perniagaan kecantikan.  Beliau  akhirnya membuat keputusan untuk mengikuti program kecantikan produk Mary Kay yang dipromosikan oleh kakaknya sendiri dan rakan-rakan lain di kampung.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau berminat menambahkan pendapatan keluarga dan memilih produk Mary Kay serta bekerja sebagai promoter dalam talian.  Namun, beliau tidak begitu mahir dalam bidang pemasaran.  Oleh itu, beliau menjalankan hebahan melalui jualan langsung rumah ke rumah dan melalui media sosial seperti Facebook dan Whatsapps.  Pendapatan komisen yang diperolehi ialah sekitar RM100-200 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah beliau belajar kemahiran baharu dalam perniagaan Mary Kay, beliau semakin mendapat keyakinan.   Beliau belajar menggunakan Zoom Meeting dan mengasah kemahiran pemasaran bersama rakan-rakan niaga yang lain.  Beliau terus mempromosikan produk-produk Mary Kay dan kini beliau ialah Junior Beauty Consultant dengan pendapatan bersih hasil komisen ialah sekitar RM200 – RM500 sebulan.

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial & pemasaran secara atas talian seperti

  1. Facebook
  2. Messenger
  3. Whatssap
  4. Instagram
  5. Youtube
  6. Google Meet
  7. Zoom Meeting
  8. Tik Tok

Pihak PEDi menyelaras penggunaan aplikasi Zoom dan Google Meet Puan Kathenine dengan membuat percubaan mesyuarat semasa mula-mula penggunaan teknologi ini. PEDi menggalakkan Puan Kathenine untuk sentiasa mengemaskini promosi-promosi produk Mary Kay dalam akaun Facebook dan Instagram miliknya dan memberikan nota-nota kemahiran perniagaan digital melalui emel. Selain itu, PEDi membantu membuat design iklan produk-produk terbaru daripada Mary Kay agar untuk menarik perhatian pelanggan.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/rq.rynee

kathenine02

Kathenine01

131977833_461782558555448_8625007899136971934_n.jpg

Antara produk yang laris dijual oleh Puan Kathenine ialah produk kecantikan Mary Kay.

152127001_504008200999550_1447681242651156932_n.jpg