KELAS ICT DISEMBER 2019 - MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER) & ADOBE PHOTOSHOP (KUMPULAN 1)
Tarikh | : 1 Disember 2019 - 15 Disember 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.30 petang - 5 petang |
Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 10 orang peserta |
Tujuan | |
1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta khasnya para lepasan sekolah. 2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan peluang lebih baik dalam bidang keusahawanan. 3. Mengisi masa lapang pelajar-pelajar sempena cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah. |
|
Aktiviti | |
Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Office 2010 kepada para peserta iaitu Word, Excel, Powerpoint & Publisher. Untuk pembelajaran tambahan adalah membuat resume dan cover letter serta E-Career dalam laman web yang berkaitan pekerjaan. Selain itu, bagi sesetengah pelajar yang ingin mempelajari cara untuk mengedit gambar yang menggunakan software Adobe Photoshop CS6. Kebaikan kelas tersebut ialah :
|
|
MESYUARAT KLUSTER MUKAH BIL.12/2019
Tarikh | : 6 Disember 2019 |
Masa | : 9.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 7 orang petugas Pusat Internet Zon Mukah & Dalat |
Tujuan | |
1. Membentangkan laporan setiap unit sepanjang bulan November 2019. 2. Membincangkan perkembangan semasa projek dan pelan perancangan kluster 2020. 3. Meningkatkan kualiti kerja berkumpulan dan kandungan menarik halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat. 4. Membincangkan hal-hal berbangkit dan hal-hal lain. |
|
Aktiviti | |
Mesyuarat ini memberi perkembangan halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat oleh Cik Vicky Victoria, Pengurus Pi Balingian. Beliau juga membentangkan laporan daripada setiap unit dan membincangkan hal-hal lain yang berkaitan. Mesyuarat ini juga membincangkan sekiaranya ada jemputan aktiviti-aktiviti sepanjang bulan Disember 2019 diadakan. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
KELAS ICT DISEMBER 2019 - MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER) & E-CAREER (KUMPULAN 2)
Tarikh | : 15 Disember 2019 - 30 Disember 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.30 petang - 5 petang |
Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 13 orang peserta |
Tujuan | |
1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta khasnya para lepasan sekolah. 2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan peluang lebih baik dalam bidang keusahawanan. 3. Mengisi masa lapang pelajar-pelajar sempena cuti sekolah dengan perkara yang berfaedah. |
|
Aktiviti | |
Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Office 2010 kepada para peserta iaitu Word, Excel, Powerpoint & Publisher. Untuk pembelajaran tambahan adalah membuat resume dan cover letter serta E-Career dalam laman web yang berkaitan pekerjaan. Kebaikan kelas tersebut ialah :
|
|
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) ADVOKASI SEMPENA FAMILY DAY SK ST KEVIN, DALAT
Tarikh | : 15 November 2019 |
Masa | : 8.30 pagi - 12.30 tengah hari |
Lokasi | : SK St Kevin, Dalat |
Peserta | : 141 orang peserta |
Tujuan | |
1. Mendedahkan penggunaan internet secara selamat, waspada dan bertanggungjawab dalam kalangan peserta. 2. Merapatkan hubungan kerja dengan pihak sekolah. 3. Mempromosikan Pusat Internet kepada guru, ibu bapa dan pelajar. |
|
Aktiviti | |
Tentatif Program : 08.15 am – Pendaftaran 08.30 am – Ucapan aluan daripada Guru SK St Kevin 09.00 am – Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak dengan Tajuk Pengurusan Risiko Dalam Talian dan Peranan Ibu Bapa. 11.00 am – Kuiz Advokasi Klik Dengan Bijak 11.30 pm – Taklimat Perkhidmatan Pusat Internet dan Dashboard Komuniti (DK) 12.30 pm – Sesi Bergambar Kebaikan taklimat tersebut ialah :
|
|
BENGKEL USAHAWAN AGROBAZAAR ANJURAN PEJABAT FAMA BAHAGIAN MUKAH DENGAN KERJASAMA PUSAT INTERNET SUNGAI RAGEI
Tarikh | : 19 November 2019 |
Masa | : 8.30 pagi - 4.30 petang |
Lokasi | : Bilik Latihan dan Surfing Area Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 14 orang peserta |
Tujuan | |
1. Melatih usahawan tempatan menggunakan teknologi ICT mengembangkan perniagaan. 2. Memberikan panduan pemasaran yang tepat dan meluaskan pasaran produk-produk keusahawanan desa. 3. Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dan menjalin kerjsasama erat dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan komuniti setempat. |
|
Aktiviti | |
Bengkel ini dianjurkan oleh FAMA Bahagian Mukah yang diajar oleh pihak FAMA sendiri dengan kerjasama Pusat Internet bagi melakukan taklimat mengenai usahawan yang menggunakan ICT sebagai salah satu cara pemasaran dalam talian. Pengajar juga mengajar mengenai cara membuat sticker produk untuk produk masing-masing bagi pemasaran usahawan yang ingin mendapat keuntungan dan menarik perhatian para pembeli. Antara aktiviti sokongan iaitu Taklimat pengenalan Pusat Internet dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Pusat Internet. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM LESTARI ICT DAN CAKNA KESIHATAN 2019
Tarikh | : 22 November 2019 |
Masa | : 8.00 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : Dewan Serbaguna, Kampung Sungai Ragei, Mukah |
Peserta | : Anggaran 60 orang peserta |
Tujuan | |
1. Melestarikan PI sebagai pusat ICT dan kesihatan. 2. Mengeratkan kerjasama PI dengan komuniti, agensi kerajaan, swasta dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat. 3. Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih. |
|
Aktiviti | |
Antara aktiviti utama program ini adalah Ceramah Kesihatan yang bertajuk “Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) dan Pemakanan Sihat oleh Encik Khalil Bin Hajani, Ceramah Klik dengan Bijak (KDB) Advokasi dengan tajuk “ Penipuan Kewangan”, Saringan Pemeriksaan Kesihatan oleh Pejabat Kesihatan Bahagian Mukah (pasukan KOSPEN) serta Pendaftaran Ahli Baharu. Manakala aktiviti sampingan adalah Aktiviti Senaman dan Persembahan Tarian Poco-Poco oleh D’Ragei Crew. Kebaikan program ini ialah :
|
|
PROMOSI SIARAN DIGITAL MYFREEVIEW
Tarikh | : 13 September 2019 & 21 September 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei dan perkampungan sekitar Pusat Internet |
Peserta | : 40 orang peserta dan komuniti setempat |
Tujuan | |
1. Memberikan taklimat berkenaan penukaran siaran analog kepada siaran digital kepada komuniti seperti yang diwar-warkan oleh pihak kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). 2. Menyampaikan mesej kebaikan menggunakan siaran digital dan cara-cara pemasangan MYTV. 3. Memberikan galakkan kepada komuniti setempat untuk menukar siaran kepada siaran digital sebelum 31 Oktober 2019 bagi Sabah dan Sarawak. |
|
Aktiviti | |
Promosi ini dilakukan oleh petugas Pusat Internet dengan mengedarkan risalah dan brosur Myfreeview kepada komuniti setempat. Selain itu, petugas dan salah seorang ahli sukarelawan pergi menggantung kain rentang promosi di sekitar kampung berdekatan. Taklimat myfreeview semasa Program Hari Bersama Komuniti anjuran Pusat Internet juga telah dilakukan untuk promosi MYTV ini. Kebaikan promosi tersebut ialah :
|
|
UJIAN ONLINE SPA DAN PORTAL-PORTAL PENCARIAN KERJA
Tarikh | : 18 September 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet (Pi) Sungai Ragei, Mukah |
Peserta | : 4 orang peserta |
Tujuan | |
1. Membantu komuniti mendapatkan pekerjaan melalui bimbingan penggunaan laman web carian kerja. 2. Merapatkan hubungan dengan komuniti setempat dan agensi kerajaan. 3. Memberikan peluang kepada komuniti untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet. |
|
Aktiviti | |
Dengan adanya Pusat Internet Kg Sg Ragei, komuniti setempat dapat mengambil ujian SPA secara online selain daripada bimbingan penggunaan laman web e-kerajaan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Petugas Pusat Internet juga dapat membantu calon membuat persediaan menjawab soalan seperti mewujudkan keadaan selesa, menyediakan kertas dan pensel tambahan (jika perlu). Kebaikan aktiviti ini ialah :
|
|
PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI PUSAT INTERNET SUNGAI RAGEI 2019
Tarikh | : 21 September 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 3.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Sg Ragei |
Peserta | : 131 orang peserta |
Tujuan | |
1. Mempromosikan Perkhidmatan Pusat Internet Kepada Komuniti Setempat. 2. Meningkatkan Keahlian Pusat Internet. 3. Menggalakkan Komuniti Terlibat Dalam Dashboard Komuniti Dan Program Klik Dengan Bijak. 4. Menjalin Kerjasama Dengan Agensi-Agensi Luar Dalam Menganjurkan Program. |
|
Aktiviti | |
Antara aktiviti Utama adalah seperti berikut :
Aktiviti sampingan pula adalah :
Kebaikan program ini diadakan ialah :
Peserta yang menyertai aktiviti tersebut adalah terbuka kepada penduduk setempat terutama pelajar-pelajar institut kemahiran – Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Mukah, kanak-kanak Tabika KEMAS Penakub Permai dan ahli-ahli Pusat Internet serta agensi-agensi yang dijemput. |
|
LAWATAN TABIKA KEMAS PENAKUB PERMAI SEMPENA PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI ANJURAN PUSAT INTERNET SUNGAI RAGEI
Tarikh | : 25 September 2019 |
Masa | : 8.30 pagi - 11.30 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 27 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberikan galakkan kepada kanak-kanak untuk menggunakan ICT dalam era digital; 2. Merapatkan hubungan dengan komuniti setempat dan agensi kerajaan; 3. Memberikan peluang kepada komuniti untuk menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Pusat Internet. |
|
Aktiviti | |
Lawatan ini dijemput oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet Sungai Ragei sempena Hari Bersama Komuniti pada 21 Oktober yang lalu dengan menerangkan taklimat mengenai Dashboard Komuniti (DK) kepada guru-guru Tabika dan Penggunaan Komputer kepada Kanak-kanak yang terdiri daripada 27 orang peserta yang merupakan peserta Pertandingan Mewarna Online. Peserta mengikut giliran untuk menyertai pertandingan berdasarkan hanya 20 unit komputer yang ada di Pusat Internet dan baki peserta menonton tayangan video Upin dan Ipin di Youtube. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
KELAS MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER) SECARA PERSENDIRIAN
Tarikh | : 8 Oktober 2019 - 29 Oktober 2019 |
Masa | : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.00 petang - 5 petang |
Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 1 orang peserta |
Tujuan | |
1. Membimbing peserta meningkatkan kemahiran menggunakan komputer dan Microsoft Word. 2. Meningkatkan kemahiran peserta dan melengkapkan mereka dengan kemahiran asas komputer untuk kegunaan mencari pekerjaan. 3. Melahirkan komuniti yang bijak ICT dan mampu mengurangkan jurang digital antara komuniti bandar dengan komuniti luar bandar. |
|
Aktiviti | |
Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Word kepada para peserta. Petugas membimbing asas Microsoft Word kepada para peserta. Antara yang telah dipelajari ialah Formatting Text, Formatting Pictures, Line and Spacing, Inserting Tables dan Inserting SmartArt. Selain itu, petugas juga membimbing Microsoft Excel, Powerpoint & Publisher kepada peserta. Antara yang telah dipelajari ialah Formatting Text, Formatting Pictures, Line and Spacing, Inserting Tables dan Inserting SmartArt serta Formula Data dalam Microsoft Excel. Kebaikan kelas tersebut ialah :
|
|
BENGKEL MICROSOFT POWER POINT PELAJAR JURUSAN ELEKTRIK PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SARAWAK (PPKS) KAMPUS MUKAH
Tarikh | : 15 Oktober 2019 & 16 Oktober 2019 |
Masa | : 8.30 pagi - 11.00 pagi |
Lokasi | : Bilik Latihan dan Surfing Area Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 25 orang peserta |
Tujuan | |
1. Meningkatkan kecekapan para pelajar menggunakan Microsoft Power Point dan membina persembahan yang menarik. 2. Mengajar kemahiran asas menggunakan Microsoft Power Point 2010. 3. Membantu pelajar menyiapkan tugasan dan menjadi pemudahcara bagi pelajar mendapatkan info dan bahan. |
|
Aktiviti | |
Para pelajar PPKS Jurusan Elektrik mengambil tempat masing-masing untuk menyiapkan tugasan pembentangan yang diberikan. Dengan bantuan Internet dan sumber daripada Youtube, para pelajar berjaya menghasilkan persembahan yang baik ditambah pula dengan bantuan rakan-rakan lain yang lebih mahir dalam kumpulan. Para pelajar juga memanfaatkan pita pengukur ketinggian yang disediakan di Pusat Internet (MyHealth) untuk mengukur ketinggian masing-masing yang merupakan sebahagian info mengenai diri yang perlu dimasukkan dalam tugasan. Para pelajar digalakkan menggunakan internet untuk merujuk nota dan tips yang tertentu seperti Youtube dan laman web mengenai cara-cara menghasilkan persembahan yang menarik. Antara aktiviti sokongan iaitu Taklimat pengenalan Pusat Internet, Taklimat ringkas mengenai asas Microsoft PowerPoint 2010 dan Pembentangan hasil kerja atau refleksi. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
TAKLIMAT MALAYSIAN ICT VOLUNTEERS (MIV) WITH DTT
Tarikh | : 19 Oktober 2019 |
Masa | : 2.30 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet (Pi) Oya, Dalat |
Peserta | : 21 orang peserta |
Tujuan | |
1. Menyampaikan maklumat berkenaan Analogue Switch-Off (ASO) dan DTT kepada sukarelawan seterusnya disampaikan kepada komuniti. 2. Memberikan panduan pemasangan myFreeview dan MYTV. 3. Mempromosikan kelebihan penggunaan DTT berbanding siaran analog kepada komuniti tempatan |
|
Aktiviti | |
Encik Shaiful, Pen. Pengarah MCMC Bintulu telah memberikan taklimat mengenai MIV dan DTT/ASO kepada para peserta yang terdiri daripada sukarelawan terpilih dari Kluster Mukah dan Kluster Tanjung Manis. Para peserta memberikan tumpuan kepada aktiviti sukarelawan yang dibentangkan dan teruja dengan kemahiran baharu yang bakal diperolehi mereka. Selepas selesai taklimat dan jamuan, para peserta bergambar beramai-ramai bersama Encik Shaiful dan Cik Evonne sebagai tanda kenang-kenangan. Kebaikan taklimat ini ialah :
|
|
PROGRAM BENGKEL CHECK YOUR LABEL DAN KUIZ KDB ADVOKASI
Tarikh | : 9 Ogos 2019 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei |
Peserta | : 18 orang peserta |
Tujuan | |
1. Memberikan kesedaran kepada para peserta mengenai kepentingan memiliki gajet atau alat elektronik yang sah dan selamat. 2. Memberikan tunjuk ajar cara-cara mengenalpasti gajet yang tidak sah dan berbahaya. 3. Memperkasakan kemahiran komuniti melalui bengkel secara hands-on. |
|
Aktiviti | |
Taklimat ini disampaikan oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet Sungai Ragei dengan menerangkan mengenai kesan-kesan buruk memiliki gajet atau barang elektronik yang tiada label MCMC sambil diperhatikan oleh para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah seramai 18 orang. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan untuk menjawab soalan Kuiz KDB Advokasi. Kebaikan aktiviti tersebut ialah :
|
|
KAYUHAN MERDEKA SEMPENA KEMPEN KIBARKAN JALUR GEMILANG BULAN KEMERDEKAAN 2019
Tarikh | : 16 Ogos 2019 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet (Pi) Sungai Ragei, Kampung Tutus Hilir, Kampung Sungai Ragei, Mukah |
Peserta | : 10 orang peserta |
Tujuan | |
1. Menyemarakkan semangat cintakan negara; 2. Menyokong kempen Sayangi Malaysiaku; 3. Mewar-warkan kepada komuniti mengenai kempen Kibarkan Jalur Gemilang. |
|
Aktiviti | |
Kayuhan berbasikal dan motosikal mengelilingi kampung sekitar iaitu Kampung Tutus Hilir dan Kampung Sungai Ragei sambil mengibarkan bendera dan mewar-warkan kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Kayuhan Merdeka ini adalah aktiviti sambil mengibarkan bendera dan diikuti oleh para peserta lain di belakang yang sama-sama membawa bendera kecil sebagai tanda sokongan kepada kempen Kibarkan Jalur Gemilang yang diketuai oleh Pengurus Pusat Internet dan para peserta siap sedia untuk dilepaskan di garisan permulaan. Simbolik pelancaran Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dan Kayuhan Merdeka ini telah disempurnakan oleh Encik Mohd Pandi bin Haji Hassan, AJK Pusat Internet dan Pengurus sebagai wakil Pusat Internet telah memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang di premis Pusat Internet sebagai simbolik pelancaran bulan Kemerdekaan 2019 di Pusat Internet. Kebaikan aktiviti ini ialah :
|
|
MESYUARAT KLUSTER MUKAH SIRI 8/2019
Tarikh | : 18 Ogos 2019 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Balingian |
Peserta | : 7 orang peserta |
Tujuan | |
1. Menyampaikan taklimat MYTV; 2. Membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan halaman Menarik di Mukah dan Dalat (Facebook); 3. Membincangkan cadangan mempromosikan page Menarik di Mukah dan Dalat dan membuat konten-konten menarik; 4. Membincangkan hal-hal lain. |
|
Aktiviti | |
Mesyuarat telah dipengerusikan saudari Vicky Victoria Albert Bush, Pengurus Pi Balingian selaku Ketua Kluster Mukah. Beliau menyampaikan taklimat mengenai prestasi page Menarik di Mukah dan Dalat seterusnya memberikan taklimat pengenalan kepada program terbaharu yang bakal dicadangkan dalam Menarik di Mukah dan Dalat. Selain itu, taklimat statistik Page menarik di Mukah dan Dalat, mengagihkan tugasan kepada petugas-petugas dan menyusun atur jadual pembikinan video dan info mengikut Pi. Selain itu, beliau juga menyampaikan taklimat tentang MYTV dan meminta rakan setugas untuk mempromosikan siaran TV digital dan penutupan siaran analog iaitu MyFreeview di sekitar Pusat Internet dan komuniti setempat. Kebaikan mesyuarat tersebut ialah :
|
|