PEMASARAN DIGITAL - SHOPEE (ASAS) ANJURAN BERSAMA PUSAT INTERNET KOMUNITI (PIK) DAN PUSAT INTERNET DESA (PID)

Tarikh : 11 November 2020
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 3 orang peserta 
Tujuan 

1. Menggalakkan usahawan menggunakan platform secara atas talian (online) untuk membuat jualan produk.

2. Menyediakan peluang kepada peserta untuk meluaskan pasaran produk melalui program pemasaran Shopee.

3. Mewujudkan kerjasama dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi komuniti.

   
Aktiviti 

Pusat Internet mengadakan kelas Shopee untuk usahawan baharu dengan kerjasama bersama Pusat Internet Desa (PID). En. Abdul Rahman selaku pengurus PID membimbing para peserta membuka akaun Shopee dan menggunakan medium online Seller selain sebagai Buyer dalam applikasi Shopee. Selain itu, pengajar juga merancang jualan produk para peserta berdasarkan strategi yang disarankan oleh Shopee. Petugas PIK pula mengedarkan brosur KDB Advokasi selepas tamat kelas dan membimbing cara melaporkan aktiviti keusahawanan dalam portal dan platform media sosial rasmi PIK.

Kebaikan program ini ialah :

  • Para peserta dapat mewujudkan platform baharu dalam pemasaran produk khasnya dalam bidang digital.

  • Produk jualan peserta dapat dikenali dengan lebih mudah dan luas.

  • Meningkatkan jualan dan menambahkan pendapatan tambahan kepada peserta ketika menghadapi pandemik COVID-19.

  • Mewujudkan kerjasama PI dan mengukuhkan PI sebagai pusat keusahawanan penduduk setempat.

Gambar Disini


MESYUARAT KLUSTER MUKAH BIL.8/2020

Tarikh : 12 November 2020
Masa : 9.30 pagi - 11.30 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kpg Medong Hilir, Dalat
Peserta   : 8 orang petugas PI 
Tujuan 

1. Membincangkan pelan pelaksanaan Menarik di Mukah & Dalat.

2. Membincangkan perkara-perkara berbangkit daripada minit lepas.

3. Menyelaras aktiviti penggambaran video dan tugas-tugas ahli kluster.

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini memberi perkembangan halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat oleh Cik Vicky Victoria, Pengurus Pi Balingian. Beliau juga membentangkan pencapaian KPI Kluster dan laporan daripada setiap unit dan membincangkan hal-hal lain yang berkaitan terutama laporan Kewangan daripada Bendahari. Mesyuarat ini juga menyelaras tugas penggambaran video bulanandan menyelaras aktiviti promosi baju Menarik Di Mukah dan Dalat.

Kebaikan mesyuarat tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi para petugas dalam mengendalikan program dan aktiviti yang berkaitan dengan projek Menarik di Mukah dan Dalat.

  • Mewujudkan kerjasama erat dalam kalangan petugas daripada Pusat-pusat Internet dalam kluster masing-masing.

  • Meningkatkan produktiviti Pusat Internet sebagai agen transformasi komuniti setempat.

Gambar Disini


COMMUNITY OUTREACH ACTIVITY (COA)

Tarikh : 15 November 2020
Masa : 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi
Lokasi : Rumah Encik Wilson Frederick, Kampung Petanak, Mukah
Peserta   : 1 orang peserta 
Tujuan 

1. Membantu usahawan OKU mencari pekerja sambilan atau pembantu.

2. Membuat iklan kerja kosong dan mencari calon pekerja yang sesuai.

3. Membantu menyelaras rekod-rekod akaun dan aliran tunai.

   
Aktiviti 

Petugas Pi membuat iklan menggunakan aplikasi grafik untuk menarik perhatian pencari kerja. Lawatan petugas untuk menawarkan bantuan dari segi pemurnian rekod-rekod dokumentasi perniagaan OKU. Selain itu, Encik Marcos membantu peserta menyelaras skop kerja pekerja sambilan yang akan diambil dan memberi khidmat nasihat dari segi aspek pengurusan.

Kebaikan bimbingan tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran peserta OKU dalam perniagaan.

  • Mewujudkan kerjasama erat dengan komuniti setempat melalui lawatan bulanan PIK.

  • Membantu OKU mempromosikan premis perniagaan membaiki barangan elektrik dan elektronik.

  • Menjadikan Pusat Internet sebagai agen transformasi komuniti setempat.

Gambar Disini


PROGRAM RANDAU SOLIDARITI KOMUNITI  DAERAH KECIL BALINGIAN SIRI 1

Tarikh : 21 November 2020
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi : Dewan Masyarakat Balingian
Peserta   : 4 orang petugas Pusat Internet dan 1 orang petugas Pusat Internet        Desa 
Tujuan 

1. Pendekatan komuniti kepada  jabatan-jabatan kerajaan.

2. Mengeratkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk mencapai objektif mentransfomasikan komuniti luar bandar.

   
Aktiviti 

Program kali ini berkonsepkan lebih kepada hari bersama pelanggan  dimana pendekatan komuniti kepada  jabatan-jabatan kerajaan . Di sini juga komuniti boleh mengajukan soalan terus kepada jabatan yang ikut mengadakan pameran dan memberi ceramah. Program ini adalah anjuran Majlis Perbangunan Sosial (MPS),Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) dengan kerjasama Pejabat Residen Mukah , Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Pejabat Daerah Kecil Balingian.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan iaitu :

  1. Ikrar Rukun Negara
  2. Senamrobik
  3. Pameran daripada jabatan Kerajan seperti :
    1. Land & Survey Mukah
    2. Jabatan Bekalan Air Luar Bandar
    3. Bomba
    4. Kebajikan Masyarakat
    5. Pusat internet Komuniti
    6. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
    7. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
    8. Jabatan Pendaftaran Negara
    9. Sarawak Energy
  4. Sesi Dialog Bersama Jabatan Terlibat
  5. Pertandingan Futsal
  6. Cabutan Bertuah

Kebaikan daripada program tersebut ialah :

  • Membantu Pusat Internet dalam menyebarkan advokasi Klik Dengan Bijak dan program-program ICT yang diadakan secara kerjasama antara Pusat Internet dan Pusat Internet Desa.

  • Mengeratkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk mencapai objektif mentransfomasikan komuniti luar bandar.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN ICT

Tarikh : 23 November 2020 - 30 November 2020
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 3 orang peserta 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta.

2. Mewujudkan aktiviti berfaedah kepada para pelajar sekolah ketika cuti atau tempoh belajar dari rumah.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT.

   
Aktiviti 

Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Office 2010 kepada para peserta iaitu Word, Excel, Powerpoint & Publisher mengikut modul-modul yang bersesuaian dengan peringkat umur. Selain itu, petugas membimbing peserta mengenali komputer dan internet.  Seterusnya, peserta dibimbing menaip dengan pantas. Antara aktiviti yang dilakukan sebelum mengadakan kelas ICT iaitu peserta perlu mendaftar ahli baharu dan memuatturun Aplikasi Dashboard Komuniti (DK). Selain itu, petugas memberikan satu taklimat ringkas mengenai Dashboard Komuniti (DK) sekaligus Taklimat KDB Advokasi.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT para peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dengan orang lain.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini

BENGKEL SELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN (SIRI 3) 

Tarikh : 1 Oktober 2020 - 25 Oktober 2020
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang peserta 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta khasnya wanita atau suri rumah.

2. Meningkatkan kebolehpasaran wanita dalam pasaran kerja.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik.

   
Aktiviti 

Pusat Internet mengadakan Bengkel Selangkah ke Alam Pekerjaan kepada semua golongan komuniti yang berminat. Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Office 2010 kepada para peserta iaitu Word, Excel, Powerpoint & Publisher. Untuk pembelajaran tambahan adalah membuat resume dan cover letter serta E-Career dalam laman web yang berkaitan pekerjaan. Antara aktiviti sokongan yang dilakukan semasa bengkel ini adalah mendaftar ahli baharu, memuatturun Aplikasi Dashboard Komuniti (DK), taklimat ringkas mengenai Dashboard Komuniti (DK), & taklimat KDB Advokasi.

Kebaikan bengkel ini ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN SHOPEE

Tarikh : 6 Oktober 2020
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Surfing Area Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta 
Tujuan 

1. Menggalakkan usahawan menggunakan platform secara atas talian (online) untuk membuat jualan produk.

2. Menyediakan peluang kepada peserta untuk meluaskan pasaran produk melalui program pemasaran Shopee.

3. Mewujudkan kerjasama dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi komuniti.

   
Aktiviti 

Encik Marcos Jalak, Pengurus PIK Sungai Ragei telah memberikan penerangan lanjut mengenai kaedah membuka akaun Shopee menggunakan PC.  Encik Osman dan isterinya telah memilih gambar-gambar produk di dalam telefon pintar masing-masing untuk dimuatnaik dalam akaun Shopee masing-masing.Pusat Internet mengadakan kelas Shopee untuk usahawan baharu dan membimbing para peserta membuka akaun Shopee dan menggunakan medium online Seller selain sebagai Buyer dalam applikasi Shopee. Petugas juga mengajar para pelajar dalam merancang jualan produk para peserta berdasarkan strategi yang disarankan oleh Shopee. Selain itu, antara aktiviti sampingan iaitu mengedarkan brosur KDB Advokasi selepas tamat kelas dan melaporkan aktiviti keusahawanan dalam portal dan platform media sosial rasmi PIK.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Para peserta dapat mewujudkan platform baharu dalam pemasaran produk khasnya dalam bidang digital.

  • Produk jualan peserta dapat dikenali dengan lebih mudah dan luas.

  • Meningkatkan jualan dan menambahkan pendapatan tambahan kepada peserta ketika menghadapi pandemik COVID-19.

  • Mewujudkan kerjasama PI dan mengukuhkan PI sebagai pusat keusahawanan penduduk setempat.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN RESUME & COVER LETTER

Tarikh : 14 Oktober 2020 & 15 Oktober 2020
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.30 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 5 orang peserta 
Tujuan 

1. Membantu belia dan lepasan sekolah meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing peserta menghasilkan resume yang baik dan komprehensif.

3. Memperkenalkan perkhidamatan Pusat Internet kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Petugas Pi mengajar peserta dengan mendaftar Sarawak ID dan mendaftar dalam portal Sarawak E-Recruitment selain memberi bimbingan kepada peserta mengenai langkah-langkah mengisi permohonan dalam sistem online tersebut. Petugas juga menyampaikan taklimat ringkas mengenai perkhidmatan-perkhidmatan lain yang terdapat di Pusat Internet. Selain itu, petugas mengajar peserta membuat resume dan cover letter dengan menggunakan template resume yang sesuai.

Kebaikan bimbingan tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran peserta dan belia.

Gambar Disini


LAWATAN PUSAT INTERNET DESA (PID) MUKAH

Tarikh : 23 Oktober 2020
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Surfing Area Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang petugas Pusat Internet Desa 
Tujuan 

1. Menjalin kerjasama strategik agensi yang berkaitan untuk merancang dan membangunkan agenda digital komuniti.

2. Menyelaraskan peranan dan dan tanggungjawab bersama dalam membuat program-program berteraskan ICT.

3. Mempromosikan perkhidmatan Pi kepada komuniti dengan mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan.

   
Aktiviti 

Encik Marcos Jalak, Pengurus PIK Sungai Ragei telah memberikan penerangan lanjut mengenai ringkasan pengenalan PIK, peranan dan perkembangan semasa PIK. Selain itu, pihak PID memberi taklimat ringkas mengenai PID Mukah yang baru dibuka pada Ogos tahun ini dan ingin menjalankan kerjasama program-program berkaitan usahawan dan ICT untuk komuniti setempat.

Kebaikan daripada lawatan tersebut ialah :

  • Membantu kedua-dua pihak menyelaras program-program ICT secara bekerjasama.

  • Mengeratkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk mencapai objektif mentransfomasikan komuniti luar bandar.

Gambar Disini


SESI RAKAMAN VIDEO TRUTH CAMPAIGN OLEH MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) PUSAT INTERNET KOMUNITI SUNGAI RAGEI

Tarikh : 24 Oktober 2020
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Surfing Area Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta 
Tujuan 

1. Menyebarkan mesej mengenai kempen Klik Dengan Bijak (KDB) menerusi “Truth Campaign).

2. Mendidik masyarakat tidak menyebarkan maklumat palsu dan hanya menulis perkara yang benar di media sosial.

3. Memberikan penerangan mengenai kesan buruk membuat pernyataan palsu dan bercerita bohong.

4. Menggalakkan belia menceburi bidang kesukarelawanan.

   
Aktiviti 

Video ini bertujuan untuk menghuraikan cara mengendalikan maklumat yang tersebar dengan kaedah S.U.R.E di bawah topik maklumat palsu dan mempromosikan portal SEBENARNYA.MY kepada masyarakat. Selain itu, Pusat Internet juga menyediakan laporan aktiviti kepada pihak MCMC. Cik Ryanna dan Cik Intan berbincang mengenai nota dan skrip yang akan dihuraikan dalam rakaman video ini nanti. Kedua-dua peserta MIV secara bergilir-gilir menerangkan mengenai kaedah S.U.R.E ketika menerima sesuatu maklumat yang tersebar. Rakaman ini diketuai oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus dan dibantu oleh Puan Agatha Wisterina, Penolong Pengurus PIK Sungai Ragei.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Memberi peluang kepada MIV untuk menyebarkan mesej melalui rakaman video dan mempromosikannya di platform media sosial.

  • Menambah pengetahuan baharu dalam bidang penyampaian maklumat secara digital.

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan masing-masing dalam membentuk komuniti pintar ICT.

Gambar Disini

 

PERTANDINGAN USAHAWAN BARU ONLINE 2020 

Tarikh : 1 Ogos 2020 - 25 Ogos 2020
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 10 orang peserta 
Tujuan 

1. Menggalakkan usahawan menggunakan platform secara atas talian (online) untuk membuat jualan produk.

2. Merapatkan kembali hubungan komuniti dengan PI.

3. Mewujudkan kerjasama dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi komuniti.

   
Aktiviti 

Pusat Internet mengadakan bengkel dan kelas Shopee dengan membimbing para peserta membuka akaun Shopee dan menggunakan medium online Seller selain sebagai Buyer dalam applikasi Shopee. Selain itu, palajar juga merancang jualan produk para peserta berdasarkan strategi yang disarankan oleh Shopee. Di samping itu juga, Pusat Internet mengadakan taklimat KDB Advokasi secara ringkas sebelum bermula kelas Shopee dan sedikit majlis penyampaian penghargaan kepada peserta oleh petugas PI.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Para peserta dapat mewujudkan platform baharu dalam pemasaran produk khasnya dalam bidang digital.

  • Produk jualan peserta dapat dikenali dengan lebih mudah dan luas.

  • Mewujudkan kerjasama PI dan mengukuhkan PI sebagai pusat keusahawanan penduduk setempat.

Gambar Disini


PERTANDINGAN VIDEO KRAFTANGAN MERDEKA 2020

Tarikh : 1 Ogos 2020 - 30 Ogos 2020
Masa : 9.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi Pusat Internet Kg Sungai Ragei
Peserta   : 13 orang peserta 
Tujuan 

1. Memupuk nilai-nilai kenegaraan.

2. Memupuk semangat perpaduan bersama keluarga dan masyarakat.

3. Mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi komuniti.

   
Aktiviti 

Petugas Pi keluar Pi secara bergilir-gilir untuk mempromosikan sambutan Hari Kebangsaan dengan mengedarkan brosur dan maklumat pertandingan kepada penduduk setempat. Setelah mempunyai peserta, petugas pula membimbing para peserta untuk membuat suntingan video lalu memuatnaik video-video pertandingan yang berdurasi tidak melebihi 2 minit dalam laman Facebook untuk menghimpun LIKE terbanyak di samping kriteria-kriteria lain yang telah ditetapkan. Selain itu, petugas mengadakan taklimat KDB Advokasi secara ringkas kepada para peserta semasa majlis penghargaan. Antara topik yang disentuh ialah peranan dan fungsi Pusat Internet ketika pandemik COVID-19 melanda negara.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan negara ke-63.

  • Mengasah kreativiti penduduk setempat.

  • Mewujudkan kesedaran untuk mengitar semula bahan buangan atau barang terpakai.

  • Meningkatkan kerjasama antara komuniti dengan pihak Pusat Internet.

  • Meningkatkan bilangan pengikut dalam laman Facebook Pusat Internet.

Gambar Disini


PERTANDINGAN POSTER PUSAT INTERNET 2020

Tarikh : 1 Ogos 2020 - 30 Ogos 2020
Masa 9.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 10 orang peserta 
Tujuan 

1. Mewujudkan penglibatan komuniti dalam program Pusat Internet.

2. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet kepada masyarakat.

3. Mengukuhkan kerjasama dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi komuniti.

   
Aktiviti 

Petugas Pi mempromosikan Pertandingan Poster dengan mengedarkan brosur dan maklumat pertandingan kepada penduduk setempat khasnya untuk kanak-kanak dan remaja 7-17 tahun. Selain itu, petugas juga membimbing para peserta untuk membuat suntingan poster melalui applikasi Canva.com dan perisian Adobe Photoshope.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Mengembalikan penglibatan masyarakat khasnya belia dalam aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet.

  • Menambah ahli baharu Pusat Internet.

  • Mengasah bakat ICT para peserta.

Gambar Disini

 

BENGKEL MALAYSIA ICT VOLUNTEER (MIV) BERSAMA KOMUNITI ANJURAN UNIT KOMUNIKASI STRATEGIK, MCMC 

Tarikh : 5 September 2020
Masa 9.30 pagi - 1.00 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 4 orang peserta 
Tujuan 

1. Menyebarkan mesej mengenai kempen Klik Dengan Bijak (KDB) menerusi “Truth Campaign).

2. Mendidik masyarakat tidak menyebarkan maklumat palsu dan hanya menulis perkara yang benar di media sosial.

3. Memberikan penerangan mengenai kesan buruk membuat pernyataan palsu dan bercerita bohong.

4. Menggalakkan belia menceburi bidang kesukarelawanan.

   
Aktiviti 

Pusat Internet mengadakan Bengkel MIV Bersama Komuniti dan mendapatkan input-input pelaksanaan aktiviti kesukarelawanan. Selain itu, ahli sukarelawan juga merancang dan mengendalikan pelan tindakan aktiviti MIV pada masa yang ditetapkan lalu menyediakan laporan aktiviti kepada pihak MCMC.

Kebaikan program ini ialah :

  • Memberi peluang kepada masyarakat setempat khasnya belia untuk berbakti kepada komuniti mereka sendiri dengan melibatkan diri dalam aktiviti kesukarelawanan.

  • Menambah pengetahuan baharu dalam bidang penyampaian maklumat secara digital.

  • Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peranan masing-masing dalam membentuk komuniti pintar ICT.

Gambar Disini


PROGRAM CERAMAH ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB)

Tarikh : 9 September 2020
Masa : 8.30 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : SK Kampung Teh, Mukah
Peserta   : 52 orang peserta / pelajar 
Tujuan 

1. Mendidik pelajar sekolah rendah mengenai penggunaan Internet yang betul dan berfaedah.

2. Mendedahkan isu-isu semasa berkaitan kes-kes jenayah siber yang mebabitkan kanak-kanak atau pelajar sekolah.

3. Menggalakkan pelajar sekolah menyampaikan mesej kepada kenalan rapat, kawan-kawan sebaya dan ibu bapa.

4. Memberikan tips-tips pencegahan daripada menjadi mangsa jenayah siber.

   
Aktiviti 

Petugas Pi, iaitu Encik Marcos Anak Jalak sebagai penceramah telah menyampaikan ceramah yang bertajuk “ Perlindungan Kanak-kanak di Alam Siber." besertakan mengadakan tayangan video mengenai Klik Dengan Bijak. Selain itu, Kuiz-kuiz Klik dengan Bijak dan ICT serta sesi soal jawab merupakan sesi sampingan selepas ceramah ini berakhir.

Kebaikan ceramah tersebut ialah :

  • Membimbing masyarakat menggunakan Internet dengan sebaik mungkin.

  • Memberikan kesedaran sivik kepada para pelajar mengenai kesan jangka panjang apabila terlalu terdedah kepada Internet.

  • Mengeratkan silaturahim Pusat Internet dengan sekolah-sekolah dan agensi-agensi kerajaan.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN MENGISI PERMOHONAN PEKERJAAN DI SARAWAK E-RECRUITMENT

Tarikh : 17 September 2020
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta 
Tujuan 

1. Membantu lepasan sekolah memohon pekerjaan melalui e-Government.

2. Meningkatkan kebolehpasaran peserta dengan penyediaan resume yang menarik dan komprehensif.

3. Mengembangkan perkhidmatan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Petugas Pi mengajar peserta dengan mendaftar Sarawak ID dan mendaftar dalam portal Sarawak E-Recruitment selain memberi bimbingan kepada peserta mengenai langkah-langkah mengisi permohonan dalam sistem online tersebut. Petugas juga menyampaikan taklimat ringkas mengenai perkhidmatan-perkhidmatan lain yang terdapat di Pusat Internet.

Kebaikan bimbingan tersebut ialah :

  • Memberi kemahiran pemasaran kendiri kepada para peserta.

  • Membantu komuniti mencari peluang kerjaya dalam bidang yang diminati di agensi-agensi kerajaan.

  • Meningkatkan keupayaan belia tempatan dalam penguasaan ilmu ICT dan membuka peluang-peluang baru dalam kemahiran digital.

Gambar Disini

KELAS ICT JULAI 2020 - MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER) 

Tarikh : 6 Julai 2020 - 14 Julai 2020
Masa 9.30 pagi - 11.30 pagi & 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 2 orang peserta 
Tujuan 

1. Membimbing peserta mengenali komputer dan Internet.

2. Melahirkan generasi muda yang bijak ICT.

3. Mengisi masa lapang pelajar dengan perkara yang berfaedah.

4. Mewujudkan kerjasama komuniti dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi.

   
Aktiviti 

Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Office 2010 kepada para peserta iaitu Word, Excel, Powerpoint & Publisher mengikut modul-modul yang bersesuaian dengan peringkat umur. Selain itu, petugas membimbing peserta mengenali komputer dan internet.  Seterusnya, peserta dibimbing menaip dengan pantas.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran peserta menggunakan komputer dan Internet.

  • Membimbing peserta mendapatkan maklumat yang tepat mengenai komputer dan Internet.

  • Mewujudkan kerjasama PI dengan penduduk setempat.

  • Melatih belia menguasai kemahiran ICT daripada peringkat akar umbi.

Gambar Disini


MESYUARAT KLUSTER MUKAH BIL.4/2020

Tarikh : 8 Julai 2020
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Pusat Internet Oya 
Peserta   : 10 orang petugas Pusat Internet Zon Mukah & Dalat 
Tujuan 

1. Membincangkan pelan pelaksanaan Menarik di Mukah & Dalat.

2. Membincangkan perkara-perkara berbangkit daripada minit lepas.

3. Menyelaras aktiviti penggambaran video dan tugas-tugas ahli.

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini memberi perkembangan halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat oleh Cik Vicky Victoria, Pengurus Pi Balingian. Beliau juga membentangkan laporan daripada setiap unit dan membincangkan hal-hal lain yang berkaitan terutama laporan Kewangan daripadi Bendahari. Mesyuarat ini juga membincangkan untuk menyelaraskan tugas untuk cross posting Suka-suka. Selain itu, perbincangan dalam menyelaraskan SOP pengambaran video.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran komunikasi para petugas dalam mengendalikan program dan aktiviti yang berkaitan dengan projek Menarik di Mukah dan Dalat.

  • Mewujudkan kerjasama erat dalam kalangan petugas daripada Pusat-pusat Internet dalam kluster masing-masing.

  • Meningkatkan produktiviti Pusat Internet sebagai agen transformasi komuniti setempat.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN RESUME & COVER LETTER

Tarikh : 9 Julai 2020
Masa 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : Surfing Area Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 2 orang peserta 
Tujuan 

1. Membimbing peserta membuat permohonan pekerjaan.

2. Menjadi pemudahcara peserta mengemaskini maklumat diri.

3. Menjadikan PI sebagai pusat rujukan belia yang masih mengganggur.

   
Aktiviti 

Petugas menyediakan resume-resume yang sesuai dengan kerja yang dipohon dan membimbing peserta mengemaskini resume dari segi membetulkan tatabahasa, penggunaan istilah, penggunaan kata nama dan lain-lain. Selain itu, petugas juga membimbing peserta menulis cover letter dan emel dengan cara yang betul. Tambahan kepada peserta juga dengan mengajar teknik-teknik mengimbas dokumen dengan applikasi yang boleh dimuatturun daripada Internet.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran peserta dari segi membuat persiapan untuk memohon pekerjaan yang dikehendaki.

  • Membimbing peserta membuat resume dan surat permohonan yang komprehensif.

  • Mewujudkan kerjasama komuniti dengan pihak PI program-program latih belia kampung.

Gambar Disini


PROMOSI PERTANDINGAN USAHAWAN BARU ONLINE 2020

Tarikh : 12 Julai 2020
Masa 9.00 pagi - 11.30 pagi
Lokasi

: Rumah Encik Abu Bakar Bin Osman (Habibu Enterprise) & Mini Muzium Melanau, Kampung Tellian Tengah (Sapan Puloh Mini Muzium Melanau)

Peserta   : 2 orang peserta 

PRO USAHAWAN ONLINE 2PRO USAHAWAN ONLINE 1

Tujuan 

1. Mempromosikan Pertandingan Usahawan Baru Online kepada usahawan setempat yang berminat.

2. Menggalakkan usahawan menggunakan platform secara atas talian (online) untuk membuat jualan.

3. Merapatkan kembali hubungan komuniti dengan PI selepas pandemik Covid-19 semakin reda.

4. Mewujudkan kerjasama dengan Pusat Internet sebagai pusat transformasi komuniti.

   
Aktiviti 

Pengurus Pi iaitu Encik Marcos mengedarkan flyers pertandingan, surat jemputan dan borang pertandingan. Selain itu, beliau memberi taklimat ringkas on the ground berkaitan syarat-syarat pertandingan dan kelebihan menyertai pertandingan. Ini kerana dengan menjalinkan kerjasama dalam mengadakan program dan aktiviti dalam perancangan aktiviti bersama selepas PKPP.

Kebaikan promosi tersebut ialah :

  •  Peserta berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM4000.

  • Membimbing peserta untuk membuat jualan di platform online terkenal iaitu di Shoppee dan Lazada.

  • Mewujudkan kerjasama PI dengan penduduk setempat sekaligus menambah ahli PI.