KELAS PERSENDIRIAN ADOBE PHOTOSHOP CS6 & MICROSOFT OFFICE 2010

Tarikh : 1 Februari 2019 sehingga 28 Februari 2019
Masa : 10.00 pagi - 12.30 tgh hari & 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 1 orang 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta dengan memperkenalkan kemahiran tambahan Adobe Photoshop.

2. Memberikan pendedahan kemahiran ‘multitasking’ kepada peserta.

3. Meningkatkan kemahiran persaingan kepada lepasan sekolah untuk bersaing dalam dunia pekerjaan.

   
Aktiviti 

Cik Supang datang ke Pusat Internet untuk kelas Adobe Photoshop CS6 dan Microsoft Office 2010 yang dibimbing oleh Pengurus & Penolong Pengurus. Jumlah kelas tidak ditetapkan tetapi beliau perlu menghabiskan jam kredit 10 jam untuk mendapatkan sijil. Subjek Microsoft Office 2010 adalah Microsoft Word, Excel, PowerPoint & Publisher. 

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Dapat menimba ilmu baru dalam pekerjaan Kerani.
  • Kelas ini memberikan kemahiran baru kepada peserta di mana peserta boleh mencipta logo untuk perniagaan sendiri dan memberi ilmu baru kepada peserta.

  • Peserta juga mampu membuat banner promosi sendiri dengan menggunakan applikasi ini sekaligus dapat menjimatkan kos untuk mengupah orang lain.

Gambar Disini

 


MESYUARAT KLUSTER MUKAH (FB PAGE MENARIK DI MUKAH & DALAT)

Tarikh : 15 Februari 2019
Masa : 9.30 pagi - 12 tengah hari 
Lokasi : Pusat Internet Balingian
Peserta   : 7 orang 
Tujuan 

1. Membincangkan hala tuju dan perancangan Kluster Mukah.

2. Menyelaras aktiviti kluster untuk 2019.

3. Membuat pembahagian tugas dalam kalangan ahli

   
Aktiviti 

Antara kandungan mesyuarat tersebut adalah:

1. Membincangkan pembahagian tugas antara tugas;
2. Membincangkan perancangan penggambaran;
3. Membincangkan hal-hal lain yang berkaitan seperti pengurusan dan tuntutan perjalanan;
4. Pembentangan laporan Mesyuarat Ketua Kluster di Miri;
5. Pembentangan idea-idea kandungan menarik.

Kebaikan aktiviti tersebut iaitu :

  • Mesyuarat ini akan menyelaras perancangan aktiviti kluster sepanjang 2019 untuk memudahkan pelaksanaannya. 
  • Menambahbaik kualiti kandungan ‘page’ dan kualiti video. 
  • Menambahkan bilangan ‘follower’ dan jumlah ‘likes’ seperti yang disarankan oleh MCMC.

Gambar Disini

 


JEMPUTAN PUSAT INTERNET MENGHADIRI MAJLIS PELANCARAN CENTEXS -SMA SAFARI (MUKAH)

Tarikh : 16 Februari 2019
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi Dewan Suarah Mesra, Mukah
Peserta   : 8 orang 
Tujuan 

1. Menghadiri jemputan daripada Pusat Kemahiran yang beroperasi di Mukah.

2. Mengeksplorasi kerjasama-kerjasama yang boleh dijalinkan dengan pihak agensi kemahiran di Mukah.

3. Mengenalpasti usahawan-usahawan baru untuk dibantu melalui ICT.

   
Aktiviti 

Antara aktiviti yang diadakan adalah :

1. Pameran CENTEXS

2. Taklimat CENTEXS

3. Pelancaran Majlis CENTEXS - SMA Safari (Mukah) oleh Encik Shafrie Bin Saili mewakili Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita, Kesejahteraan Komuniti dan Pembangunan Kanak-kanak, Sarawak.

Kebaikan aktiviti tersebut adalah:

  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di Bahagian Mukah.
  • Membuka peluang kepada para petugas untuk berkenalan dengan komuniti dan mencari prospek baru.
  • Menggalakkan usahawan Pi yang terlibat untuk memohon geran yang disediakan oleh kerajaan.

 

JADUAL TENTATIF PROGRAM ** TEKAN DI SINI **

Gambar Disini


Program JOM SIHAT JANUARI 2019

Tarikh : 18 Januari 2019
Masa : 7.30 pagi - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 176 orang 
Tujuan 

1. Memperkenalkan Pusat Internet sebagai tempat rujukan komuniti sihat.

2. Eratkan kerjasama Pusat Internet dengan komuniti kampung, agensi, JKKK, dan NGO untuk mewujudkan komuniti sihat.

3. Mewujudkan komuniti mesra ICT dan teknologi untuk penjagaan kesihatan dan persekitaran bersih.

   
Aktiviti 

Aktiviti yang diadakan adalah seperti berikut :

Gotong Royong  -Senam robik dijalankan sebelum bermula acara bagi meregangkan otot. Diketuai oleh para pelajar PPKS Mukah.

Ceramah Kesihatan Gigi  -Ceramah ini diadakan untuk kategori kanak-kanak dan belia. 2 orang doktor gigi dan staf daripada Klinik Pergigian  Hospital Mukah mengendalikan ceramah ini. 

Demo Memberus Gigi (Kanak-kanak)  -Demo ini melibatkan peserta kanak-kanak Tabika KEMAS Kampung Penakub Permai, Mukah seramai 26 orang.  Demo ini bagi menunjukkan cara-cara yang betul memberus gigi.

Saringan Kesihatan KOSPEN  -Dikendalikan sendiri oleh petugas PiM dan telah melibatkan seramai 28 orang peserta.  Antara pemeriksaan kesihatan yang dijalankan ialah memriksa kandungan gula dalam darah, mengukur tahap tekanan darah, menyukat BMI peserta.

Pameran dan Taklimat Penjagaan Gigi  -Taklimat secara ringkas daripada pihak Klinik Pergigian dan penyampaian maklumat kesihatan gigi.

Pertandingan Menulis Artikel Kesihatan  -Terbuka kepada peserta PPKS.  Pertandingan ini bagi menggalakkan peserta mengetahui isu-isu kesihatan yang perlu diambil perhatian berlaku pada ketika ini. 

Pertandingan Dashboard Komuniti (DK)  -Pertandingan ini ialah mengisi MyShop, MyHealth, MySoal dan MyKomuniti paling banyak sepanjang minggu sebelum program berlangsung dan terbuka kepada semua ahli berdaftar.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Program ini diharap dapat mewujudkan kesedaran para pengunjung bahawa Pusat Internet bukan sahaja dapat menyediakan perkhidmatan Internet malahan memberi peluang juga kepada komuniti untuk meningkatkan kesedaran mengamalkan gaya hidup sihat.

  • Program ini memberikan kelebihan kepada Pusat Internet untuk lebih dikenali dengan lebih luas apabila giat menjalankan aktiviti kerjasama dengan agensi-agensi luar seperti agensi kerajaan, agensi swasta dan juga badan bukan kerajaan (NGO).

  • Program ini secara tidak langsung dapat menambahkan bilangan ahli Pusat internet dan sekaligus dapat meningkatkan kepercayaan komuniti bagi menjadikan Pusat Internet sebagi pusat transformasi komuniti khasnya di luar bandar.

JADUAL TENTATIF PROGRAM JOM SIHAT ** TEKAN DI SINI **

Gambar Disini

 


 

Kelas Pemantapan Microsoft Word Pelajar Elektrik Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Mukah 

Tarikh : 5 November 2018
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 14 orang 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran pelajar jurusan Elektrik untuk dalam menguasai aplikasi Microsoft Word.

2. Memberikan input tambahan kepada para pelajar jurusan Elektrik.

3. Mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet.

4. Meningkatkan keahlian Pusat Internet.

   
Aktiviti 

Kelas bimbingan telah dijalankan oleh tenaga pelajar PPKS iaitu Encik Ajiji sambil dibantu oleh petugas Pusat Internet. Para pelajar diberikan tugasan untuk menulis surat rasmi dan surat tidak rasmi.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Para peserta dapat membezakan cara penulisan surat rasmi dengan surat tidak rasmi.

  • Pelajar dapat mempelajari berkenaan format tulisan yang digunakan, saiz dan fungsi-fungsi dalam Microsoft Word.

  • Menggunakan kemudahan di Pusat Internet dan memberikan manfaat kepada pelajar dengan tanpa bayaran.

Gambar Disini


Program Gotong Royong Membersihkan Kawasan Pusat Internet Kampung Sungai Ragei dan Kawasan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Mukah

Tarikh : 14 November 2018
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei dan Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Mukah
Peserta   : Sekitar 80 orang 

Tujuan 

1. Meningkatkan tahap kebersihan dan keceriaan di kawasan sekitar premis Pusat Internet.

2. Meningkatkan hubungan kerjasama dengan agensi luar.

3. Mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet.

4. Meningkatkan keahlian Pusat Internet.

   
Aktiviti 

Aktiviti pembersihan dijalankan untuk membersihkan kawasan sekitar yang melibatkan kira-kira 80 orang peserta terdiri daripada para pelajar PPKS dan ahli-ahli Pusat Internet serta penduduk tempatan. Antara aktiviti pembersihan yang dijalankan ialah mengutip sampah sarap, mencabut rumput dan membersihkan longkang. Pertandingan Mengutip Sampah Terberat turut diadakan untuk menggalakkan peserta lebih bersemangat untuk bergotong-royong. Selain itu, senam robik dan zumba juga turut diadakan selepas aktiviti utama dilakukan.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Menjaga kebersihan alam sekitar daripada sebarang pencemaran untuk mengelakkan sebarang penyakit yang menjejaskan kesihatan.

Gambar Disini


Bengkel Pemantapan Minit Mesyuarat

Tarikh : 16 November 2018
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Mukah
Peserta   : 90 orang 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membuat minit mesyuarat.

2. Memberikan input berkenaan format terkini minit mesyuarat dan kesesuaian dengan pengurusan.

3. Mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet. 

4. Menggalakkan peserta untuk belajar membuat pelbagai kerja(multitasking).

   
Aktiviti 

Program ini merupakan program kerjasama di antara Pusat Internet dan pihak PPKS.  Pengurus Pusat Internet dijemput untuk memberikan taklimat mengenai minit mesyuarat. Program dihadiri oleh semua pelajar dan staf PPKS seramai 90 orang. Taklimat mengenai cara-cara penulisan minit mesyuarat yang betul dan menerangkan contoh-contoh penulisan yang baik.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Para peserta dapat membezakan minit mesyuarat pengurusan dan minit tindakan.

  • Para peserta mendapat kemahiran penulisan minit yang baik dan berkesan serta komprehensif.

Gambar Disini



ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (TRAIN THE TRAINER-PENOLONG PENGURUS PI KLUSTER MUKAH DAN DALAT)

Tarikh : 17 November 2018
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Kg Jebungan, Mukah 
Peserta   : 6 orang petugas
Tujuan 

1. Memberi penerangan modul baru Advokasi Klik Dengan Bijak kepada petugas Pusat Internet.

2. Meningkatkan pemahaman mengenai KDB Advokasi.

   
Aktiviti 

Jadual Program : 

 MASA   AKTIVITI
 9.30 pagi  Pendaftaran
10.00 pagi – 12.00 tengahari 

 Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak oleh

Marcos Jalak (Pengurus PI Sg Ragei)

12.00 tengahari Sesi Soal Jawab
12.30 tengahari Sesi Bergambar dan Bersurai

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Memberi penerangan modul baru Advokasi Klik Dengan Bijak kepada petugas PI.

  • Meningkatkan pemahaman mengenai KDB Advokasi

Gambar Disini


 ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (TRAIN THE TRAINER-PENGURUS PI KLUSTER MUKAH DAN DALAT)

Tarikh : 25 November 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Kg Sg Ragei, Mukah 
Peserta   : 8 orang petugas
Tujuan 

1. Memberi penerangan modul baru Advokasi Klik Dengan Bijak kepada petugas Pusat Internet.

2. Meningkatkan pemahaman mengenai KDB Advokasi.

   
Aktiviti 

Jadual Program : 

 MASA   AKTIVITI
 2.00 petang  Pendaftaran
2.30 petang – 4.30 petang 

 Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak oleh

Marcos Jalak (Pengurus PI Sg Ragei)

4.30 petang Sesi Soal Jawab
5.00 petang Sesi Bergambar dan Bersurai

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Memberi penerangan modul baru Advokasi Klik Dengan Bijak kepada petugas PI.

  • Meningkatkan pemahaman mengenai KDB Advokasi

Gambar Disini

Program Klik Dengan Bijak (KDB Advokasi) Ceramah Menangani Keganasan Siber dan Buli Siber

Tarikh : 4 Disember 2018
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 12 orang 
Tujuan 

1. Mewujudkan kesedaran kepada remaja mengenai ancaman dalam Internet.

2. Menerapkan nilai bertanggungjawab dalam kalangan remaja dalam melayari Internet.

3. Mengenalpasti ciri-ciri keganasan siber dan buli siber.

   
Aktiviti 

Taklimat pengenalan KDB Advokasi untuk 2019 telah disampaikan oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus PI Kg Sg Ragei.Tajuk ceramah yang dipilih ialah tajuk yang sesuai dengan tahap umur para peserta. Selain mendengar ceramah, kuiz secara spontan juga diadakan bagi memantapkan pemahaman peserta berkenaan tajuk ceramah.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Dapat memberikan kesedaran kepada para pelajar dan remaja akan bahaya keganasan siber dan buli siber.

  • Dapat membantu peserta mengenali ciri-ciri keganasan siber dan buli siber dan belajar bagaimana mengelakkannya berlaku pada diri.

Gambar Disini


BENGKEL E-CAREER (RESUME & COVER LETTER)

Tarikh : 6 Disember 2018
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Kg Sg Ragei
Peserta   : 13 orang 

Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran peserta dalam mengolah resume dan cover letter.

2. Meningkatkan kebolehpasaran peserta semasa memohon pekerjaan.

3. Memberikan pendedahan berterusan kepada peserta mengenai keperluan dalam bidang pekerjaan.

4. Meningkatkan kerjasama dengan agensi luar dalam menganjurkan program.

   
Aktiviti 

Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Agatha Wisterina Stephen, Penolong Pengurus PI Kg Sg Ragei.Para peserta seterusnya membuat sendiri resume dan cover letter yang komprehensif berdasarkan modul yang telah diajar.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Bengkel ini diharap dapat membantu para peserta khasnya pelajar-pelajar yang akan berada dalam dunia pekerjaan selepas ini.

  • Aktiviti ini juga diharap memberikan kemahiran tambahan kepada pelajar bagi meningkatkan kebolehpasaran.

  • Aktiviti ini juga menjadi platform untuk PiM bekerjasama dengan institusi pengajian tinggai dan pusat kemahiran.

Gambar Disini

PAMERAN PUSAT INTERNET SEMPENA PROGRAM DIGITAL INCLUSIVITY WITH THE YOUTH ANJURAN UNIT KOMUNIKASI AWAM SARAWAK (UKAS) DENGAN KERJASAMA PERTUBUHAN BELIA PARLIMEN P.213 MUKAH 

Tarikh : 10 OKTOBER 2018
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Kingwood Resort Mukah
Pengunjung : 30 orang 
Tujuan 

1. Mempromosikan Perkhidmatan Pusat Internet Kepada Komuniti Setempat

2. Meningkatkan Keahlian Pusat Internet

3. Menggalakkan Komuniti Terlibat Dalam Dashboard Komuniti 

4. Menjalin Kerjasama Dengan Agensi-Agensi Luar Dalam Menganjurkan Program

   
Aktiviti 

Aktiviti semasa program memfokuskan kepada pameran untuk mempromosikan perkhidmatan Pusat Internet (PI). Selain itu, pengunjung yang hadir ke booth pameran boleh mendaftar sebagai ahli PI di samping boleh memeriksa kesihatan menggunakan applikasi Myhealth.

Kebaikan aktiviti iaitu :

  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi luar berkaitan sekaligus memupuk mengeratkan silaturahim antara kedua-dua agensi.

  • Mengenalpasti prospek untuk menambah keahlian dan target group untuk menjalankan aktiviti pada masa akan datang.

  • Memperkenalkan PI kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

Gambar Disini