BENGKEL SELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN – SIRI 5

Tarikh : 5 APRIL 2021 - 16 APRIL 2021
Masa : 9.00 pagi sehingga 1.00 petang & 2.30 petang sehingga 5.00 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 4 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta khasnya para lepasan sekolah.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam cabaran dunia pekerjaan.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT.

   
Aktiviti 

Peserta adalah ahli baru dan terus belajar modul-modul yang diminta seperti modul Microsoft Office iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher. Microsoft Word adalah wajib dikuasai oleh para peserta memandangkan ianya adalah asas kepada pembelajaran modul-modul lain. Petugas mengajar cara-cara memuatnaik gambar dalam carian internet dan konsep Copy & Paste.

Kebaikan daripada bengkel tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT para peserta sesuai dengan kemahiran asas yang diperlukan oleh industri.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian komputer secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN RESUME DAN SURAT PERMOHONAN PEKERJAAN

Tarikh : 14 APRIL 2021 - 15 APRIL 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 1.00 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu peserta  meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing pelajar menghasilkan resume yang baik dan komprehensif serta surat permohonan yang baik.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Peserta belajar membuat resume dan cover letter dengan menggunakan template resume yang sesuai. Petugas membantu peserta mengisi maklumat dalam portal Sarawak e-recruitment, Job Malaysia dan portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran. Selain itu, petugas mengimbas sijil-sijil akademik dan sijil-sijil kokurikulum para peserta lalu mendaftar peserta sebagai ahli baharu pada bulan April 2021. Peserta juga telah memuatnaik gambar profil terkini dalam portal pencarian kerja tersebut.

Kebaikan daripada kelas tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran para peserta.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN E-ADUAN PERKESO

Tarikh : 25 APRIL 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu peserta  meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing peserta mendapatkan maklumat mengenai hak-hak sebagai ahli PERKESO.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Peserta melayari portal PERKESO dan berhubung dengan pegawai PERKESO di cawangan berhampiran dengan adanya bantuan petugas PIK. Petugas membantu peserta menaip surat aduan dan mengimbas dokumen berkaitan sebagai bahan bukti aduan. Selain itu, petugas mengimbas sijil-sijil pendaftaran syarikat lalu memuatnaik surat dan dokumen berkaitan dalam sistem aduan PERKESO.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu peserta melayari portal PERKESO.

  • Memahami kriteria-kriteria membuat aduan.

  • Meningkatkan pengetahuan peserta mengenai hak-hak pengguna.

Gambar Disini

PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN E-SPORT : PUBG MOBILE

Tarikh : 1 Mac 2021
Masa : 4.00 petang sehingga 5.00 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 8 orang peserta
Tujuan 

1. Menggalakan aktiviti sosial dan kemasyarakatan dalam kalangan ahli PiK.

2. Mengangkat hobi zaman gajet dan membentuk silaturahim dalam kalangan peserta.

3. Mengisi masa lapang para pelajar sekolah dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah di samping menambah pengetahuan di luar akademik.

   
Aktiviti 

Peserta boleh menghadiri Pertandingan ini di mana sahaja mereka berada tanpa menggunakan Cheats. Petugas memberikan galakkan kepada peserta untuk memanfaatkan Dashboard Komuniti (DK) dengan memuatnaik aktiviti tersebut dalam DK masing-masing. Petugas menyampaikan ceramah ringkas tentang Advokasi Klik dengan Bijak dalam penggunaan internet di dalam kehidupan seharian.

Kebaikan daripada aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu komuniti meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi.

  • Membina keyakinan diri para peserta mengenai bakat dan kebolehan mereka.

  • Mewujudkan suasana pembelajaran dalam kalangan belia dengan menggunakan internet dan gajet untuk aktiviti yang berfaedah.

Gambar Disini


LAWATAN JABATAN PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL BAHAGIAN MUKAH

Tarikh : 18 Mac 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 3 orang pelawat
Tujuan 

1. Merancang penganjuran program bersama antara agensi.

2. Mewujudkan kerjasama strategik dengan agensi-agensi kerajaan.

3. Mempromosikan perkhidmatan PiK kepada komuniti dengan mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan.

   
Aktiviti 

Taklimat ringkas mengenai peranan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dan disampaikan oleh Encik Johannes Miles, Penolong Pengawai Perpaduan Bahagian Mukah. Selain itu, taklimat ringkas mengenai peranan dan perkembangan semasa PIK oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus PIK Sungai Ragei.

Kebaikan daripada lawatan tersebut ialah :

  • Membantu meningkatkan rakan strategik bagi memudahkan penganjuran program bersama komuniti.

  • Membincangkan perkara-perkara yang dapat dibuat secara bersama dan kelebihan kepada agensi masing-masing.

  • Mengeratkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk mencapai objektif mentransfomasikan komuniti luar bandar.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN RESUME & COVER LETTER

Tarikh : 19 Mac 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu para belia meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing pelajar menghasilkan resume yang baik dan komprehensif.

3. Memperkenalkan perkhidmatan Pusat Internet Komuniti kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Peserta membuat resume dan cover letter dengan menggunakan template resume yang sesuai. Petugas membantu peserta mengisi maklumat dalam portal Sarawak e-recruitment dan Job Malaysia. Petugas mengimbas sijil-sijil akademik dan sijil-sijil kokurikulum para peserta serta memuatnaik dokumen setelah habis mengimbas dokumen tersebut seperti gambar passport untuk profil dan sijil-sijil yang berkaitan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran para peserta.

Gambar Disini


PENYERTAAN PERTANDINGAN E-SUKAN : MOBILE LEGEND PIALA YB SENATOR JAZIRI ALKAF

Tarikh : 20 Mac 2021
Masa : 9.30 pagi sehingga 7.00 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 6 orang peserta
Tujuan 

1. Mencungkil bakat peserta yang berkemahiran dalam bidang e-Sukan pada zaman Teknologi Maklumat ini.

2. Menggalakkan para peserta terutamanya pelajar sekolah untuk mengisi masa lapang dengan perkara yang berfaedah.

3. Menghargai sumbangan ahli PiK dalam membantu para belia untuk mendapat penghargaan dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Persatuan Armada Sarawak.

   
Aktiviti 

Penyertaan peserta seluruh rakyat Sarawak yang dikategorikan belia untuk pertandingan e-Sport ini. Taklimat juga dilaksanakan melalui zoom meeting daripada penganjur. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan dilakukan secara penghantaran melalui bank- in online. Taklimat mengenai program-program PiK dalam tahun ini. Taklimat ringkas Pengenalan Dashboard Komuniti kepada VIP dan para ahli PiK yang terlibat. 

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mengalakkan ahli PiK dan komuniti untuk menggunakan perkhidmatan di PiK seterusnya sebagai pusat transformasi kecemerlangan.

  • Membina jalinan erat antara PiK dan komuniti setempat.

  • Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah dan bermanfaat kepada komuniti setempat.

Gambar Disini


 KELAS BIMBINGAN ICT-INSTALL SOFTWARE & PENGGUNAAN EMEL

Tarikh : 27 Mac 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah 
Peserta   : 3 orang peserta
Tujuan 

1. Membimbing peserta menggunakan peranti pada laptop dan komputer.

2. Mengajar cara-cara penggunaan emel.

3. Memberikan galakkan kepada peserta menggunakan ICT sebagai medium komunikasi di alaf baharu.

   
Aktiviti 

Petugas mengajar cara-cara install Software Microsoft Office, cara-cara memuatnaik gambar produk dalam media sosial dan konsep Copy & Paste. Selain itu, petugas iaitu En Marcos mengajar cara-cara menghantar emel yang betul dan berkesan kepada peserta.

Kebaikan daripada aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu usahawanita meningkatkan kemahiran ICT melalui kaedah komunikasi yang mudah dan berkesan.

  • Membantu usahawan untuk mempromosikan produk jualan dengan lebih mudah melalui web dan media sosial.

Gambar Disini

MESYUARAT KLUSTER MUKAH BIL.1/2021

Tarikh : 7 Januari 2021
Masa 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi
Lokasi : PIK Judan, Mukah
Peserta   : 7 orang petugas PIK 
Tujuan 

1. Membincangkan perkara-perkara berbangkit.

2. Membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan halaman Menarik di Mukah dan Dalat (Facebook).

3. Membincangkan cadangan mempromosikan page Menarik di Mukah dan Dalat dan membuat konten-konten menarik.

4. Membincangkan hal-hal lain.

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini memberi perkembangan halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat oleh Cik Vicky Victoria, Pengurus Pi Balingian. Beliau juga membentangkan pencapaian KPI Kluster dan laporan daripada setiap unit dan membincangkan hal-hal lain yang berkaitan terutama laporan Video menarik di Mukah & Dalat. Mesyuarat ini juga menyelaras tugas penggambaran video bulanan dan menyelaras aktiviti promosi baju Menarik Di Mukah dan Dalat.

Kebaikan daripada mesyuarat tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet (PIK) dalam Kluster Mukah bagi menaikkan nama PIK dan Kluster.

  • Mengenalpasti cadangan-cadangan bernas untuk meningkatkan usaha keterlibatan dengan masyarakat setempat.

  • Memperkenalkan PIK kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

  • Memperkasakan peranan PIK melalui video-video yang mampu menarik orang luar mengetahui produk-produk pelancongan yang ada di daerah Mukah dan Dalat.

Gambar Disini


KELAS KEUSAHAWANAN (MICROSOFT OFFICE)

Tarikh : 9 Januari 2021 - 10 Januari 2021
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang peserta 
Tujuan 

1. Membantu usahawan menambahkan kemahiran asas dalam bidang ICT dan kemahiran dokumentasi.

2. Membantu peserta mendapatkan maklumat tambahan dalam Internet.

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet Komuniti kepada masyarakat setempat sebagai pusat latihan ICT.

   
Aktiviti 

Petugas membimbing asas komputer kepada peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Office 2010 kepada para peserta terutama Microsoft Word yang mengajar asas menaip, copy paste dari maklumat hasil carian internet dan mengubahnya mengikut maklumat yang penting bagi kerja dokumen.  Selain itu, petugas membimbing peserta cara-cara membuat jadual dalam Word.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT para peserta.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian komputer secara lebih mendalam.

  • Membantu peserta menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah.

Gambar Disini


MENGEMASKINI BORANG MAKLUMAT MURID 2021

Tarikh : 23 Januari 2021
Masa 9.00 pagi - 11.00 pagi & 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Peserta   : 3 orang peserta
Tujuan 

1. Mengemaskini maklumat anak-anak bersekolah dalam system Kementerian Pendidikan Malaysia.

2. Membimbing ibu bapa mengisi maklumat yang diminta dengan betul dan tepat.

3. Menggalakkan peserta menggunakan kemudahan Internet dan perkhidmatan-perkhidmatan lain di PIK.

   
Aktiviti 

Petugas menolong komuniti setempat dengan mengajar cara-cara mengisi dan mengemaskini maklumat murid ke dalam Portal Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu http://public.moe.gov.my. Dengan adanya aktiviti ini, para ibu bapa dapat manfaat daripada menggunakan Pusat Internet sebagai tempat untuk mengemaskini maklumat anak-anak mereka.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet (PIK) dengan komuniti tempatan.

  • Meningkatkan kemahiran ibu bapa mengendalikan komputer dan menggunkan ICT sebagai medium komunikasi.

Gambar Disini


 AKTIVITI MENCIPTA POSTER PKP SECARA ATAS TALIAN : “THE FRONTLINERS”

Tarikh : 24 Januari 2021
Masa 2.30 petang sehingga 4.30 petang
Lokasi Pusat Internet Komuniti Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Memberikan kesedaran mengenai penyakit pandemik COVID19 yang tengah menular di seluruh dunia.

2. Memupuk semangat cintakan kesihatan diri dan menghargai pejuangan barisan hadapan.

3. Mendidik peserta untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh Kementerian kesihatan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID19 di negara kita.

   
Aktiviti 

Pelajar perlu mendaftar di aplikasi Canva.com menggunakan emel persendirian masing-masing lalu petugas mengajar pelajar cara menggunakan canva.com iaitu mengedit poster menggunakan aplikasi internet yang berkaitan grafik. Selain itu, pelajar juga mencari bahan-bahan untuk perkongsian dalam Internet dan mereka poster mereka sendiri sebagai penghargaan kepada "Frontliners" kita. Petugas juga menyampaikan taklimat Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Kebaikan bimbingan tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet (PIK) dengan komuniti tempatan.

  • Meningkatkan kesedaran para peserta mengenai kesan akibat tidak patuh kepada SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Gambar Disini

KELAS PENGAJIAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH (PDPR) SECARA ATAS TALIAN (APLIKASI ZOOM)

Tarikh : 3-4 Februari 2021
Masa 9.00 pagi sehingga 4.30 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah
Peserta   : 20 orang pelajar PPKS & 1 orang pendidik
Tujuan 

1. Menyediakan maklumat dan nota kepada pelajar-pelajar secara atas talian ketika PKPB.

2. Memberikan panduan kepada pelajar mengenai modul-modul pembelajaran.

3. Memperkenalkan kemudahan Internet dan perkhidmatan-perkhidmatan lain di PIK kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Sesi kelas selama 2 hari ini dikendalikan oleh pengajar Encik Azizi Mahsain, Pengajar Jurusan Elektrik Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Mukah. Encik Ajiji menggunakan laptopnya sendiri yang telah dipasang aplikasi Zoom.  Beliau menggunakan kemudahan Internet di sini untuk membantu beliau mendapatkan maklumat berkenaan topik-topik yang diajar.

Kebaikan daripada kelas online tersebut ialah :

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran ICT terutama menggunakan kaedah baharu iaitu konferensi video (VC) menggunakan aplikasi Zoom.

  • Meningkatkan penggunaan Pusat Internet sebagai hub pembangunan komuniti yang berteraskan ICT.

Gambar Disini


ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK (KDB) – MAKLUMAT PALSU DI MEDIA SOSIAL

Tarikh : 20 Februari 2021
Masa : 3.00 petang sehingga 4.00 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah
Peserta   : 5 orang peserta
Tujuan 

1. Mendidik pelajar sekolah rendah dan menengah mengenai penggunaan Internet yang betul dan berfaedah.

2. Menggalakkan pelajar sekolah menyampaikan maklumat kepada kenalan rapat, kawan-kawan sebaya dan ibu bapa dengan jujur.

3. Memberikan tips-tips pencegahan daripada terlibat dengan maklumat palsu di media sosial.

   
Aktiviti 

Petugas menyampaikan ceramah ringkas yang bertajuk " Maklumat Palsu di Media Sosial" dan mengadakan tayangan video mengenai maklumat palsu. Para peserta menilai perbandingan maklumat dan berita yang tidak tentu kesahihannya dalam media sosial yang sering disebarkan secara membuta tuli. Selepas selesai sesi ceramah, para peserta mengikuti sesi interaktif iaitu permainan ‘Telefon Buruk’.  Permainan ini dimainkan dengan membisikkan teks maklumat daripada peserta paling hadapan.  Peserta terakhir akan membentangkan apa maklumat terkahir yang dia perolehi.  Para peserta boleh membandingkan maklumat asal dan maklumat akhir yang diperolehi.

Kebaikan daripada aktiviti tersebut ialah :

  • Membimbing belia menggunakan Internet dengan sebaik mungkin.

  • Memberikan kesedaran sivik kepada para pelajar mengenai bahaya menyebarkan maklumat palsu.

  • Mewujudkan pendidikan digital dalam komuniti.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN PENIAGA KECIL & KELAS GOOGLE MAPS

Tarikh : 25 Februari 2021
Masa : 10.00 pagi sehingga 12 tengah hari & 2.00 petang sehingga 4.00 petang
Lokasi : PIK Sungai Ragei, Mukah
Peserta   : 4 orang peserta
Tujuan 

1. Membimbing peniaga mengisi borang pendaftaran perniagaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

2. Menggalakkan peniaga & usahawan untuk menggunakan kemudahan Internet untuk mengakses maklumat berkenaan trend perniagaan.

3. Membimbing pelajar menggunakan teknologi Google sebagai sumber maklumat dan memudahkan rutin harian.

4. Memberikan input tentang kepentingan peta dalam pembelajaran Geografi di sekolah mahupun untuk kegunaan harian.

   
Aktiviti 

Petugas, Encik Marcos menyampaikan cara-cara atau demo penggunaan Google Maps iaitu menentukan kedudukan latitude dan longtitude sesuatu kawasan. Peserta mengumpul maklumat mengenai tatacara proses mendaftar perniagaan di Pejabat Daerah Mukah dalam Internet. Peserta juga melakukan kajian kendiri melalui maklumat tambahan dalam Internet mengenai cara memulakan perniagaan runcit dan borong selain mencari maklumat kedudukan sesebuah gerai makanan atau tempat tertentu yang dicari melalui Google Maps.

Kebaikan daripada aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan penggunaan Internet di PIK ketika musim PKPP.

  • Meningkatkan jumlah ahli PIK.

  • Memperkasakan PIK dalam komuniti.

Gambar Disini

PROGRAM RANDAU SOLIDARITI KOMUNITI DI MUKAH SIRI 2

Tarikh 1 Disember 2020
Masa 9.00 pagi sehingga 4.00 petang
Lokasi Dewan Serbaguna Kampung Tellian Tengah, Mukah
Peserta   : 150 orang peserta 
Tujuan 

1. Pendekatan komuniti kepada  jabatan-jabatan kerajaan.

2. Mengeratkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk mencapai objektif mentransfomasikan komuniti luar bandar.

   
Aktiviti 

Program kali ini berkonsepkan lebih kepada hari bersama pelanggan dimana pendekatan komuniti kepada  jabatan-jabatan kerajaan . Di sini juga komuniti boleh mengajukan soalan terus kepada jabatan yang ikut mngadakan pameran dan memberi ceramah. Program ini adalah anjuran Majlis Perbangunan Sosial (MPS),Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak (KWKPK) dengan kerjasama Pejabat Residen Mukah , Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dan Pejabat Daerah Mukah.

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan iaitu :

  1. Ikrar Rukun Negara
  2. Senamrobik
  3. Pameran daripada jabatan Kerajan seperti :
    1. Land & Survey Mukah
    2. Jabatan Bekalan Air Luar Bandar
    3. Bomba
    4. Kebajikan Masyarakat
    5. Pusat internet Komuniti
    6. Agensi Anti Dadah Kebangsaan
    7. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna
    8. Jabatan Pendaftaran Negara
    9. Sarawak Energy
  4. Sesi Dialog Bersama Jabatan Terlibat
  5. Pertandingan Futsal
  6. Cabutan Bertuah

Kebaikan daripada program tersebut ialah :

  • Membantu Pusat Internet dalam menyebarkan advokasi Klik Dengan Bijak dan program-program ICT yang diadakan secara kerjasama antara Pusat Internet dan Pusat Internet Desa.

  • Mengeratkan kerjasama dengan agensi kerajaan untuk mencapai objektif mentransformasikan komuniti luar bandar.

Gambar Disini


KELAS LITERASI ICT & DIGITAL (ASAS) SEMPENA PROGRAM CUTI SEKOLAH 2020

Tarikh 1 Disember 2020 - 30 Disember 2020
Masa 9.00 pagi - 12.00 tengah hari & 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 6 orang peserta 
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT peserta.

2. Mewujudkan aktiviti berfaedah kepada para pelajar sekolah ketika cuti atau tempoh belajar dari rumah (Home Based Learning).

3. Memperkasakan peranan Pusat Internet kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT.

   
Aktiviti 

Petugas membimbing asas komputer kepada para peserta dan memperkenalkan modul-modul dalam Microsoft Office 2010 kepada para peserta iaitu Word, Excel, Powerpoint & Publisher mengikut modul-modul yang bersesuaian dengan peringkat umur. Selain itu, petugas membimbing peserta mengenali komputer dan internet.  Seterusnya, peserta dibimbing menaip dengan pantas. Antara aktiviti yang dilakukan sebelum mengadakan kelas ICT iaitu peserta perlu mendaftar ahli baharu dan memuatturun Aplikasi Dashboard Komuniti (DK). Selain itu, petugas memberikan satu taklimat ringkas mengenai Dashboard Komuniti (DK) sekaligus Taklimat KDB Advokasi.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT para peserta.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian komputer secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan kemudahan Pusat Internet dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini


MESYUARAT KLUSTER MUKAH BIL.9/2020

Tarikh 10 Disember 2020
Masa 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi Pusat Internet Kpg Judan
Peserta   : 6 orang petugas PI 
Tujuan 

1. Membincangkan perkara-perkara berbangkit.

2. Membincangkan cadangan-cadangan penambahbaikan halaman Menarik di Mukah dan Dalat (Facebook).

3. Membincangkan cadangan mempromosikan page Menarik di Mukah dan Dalat dan membuat konten-konten menarik.

4. Membincangkan hal-hal lain.

   
Aktiviti 

Mesyuarat ini memberi perkembangan halaman Facebook Menarik di Mukah dan Dalat oleh Cik Vicky Victoria, Pengurus Pi Balingian. Beliau juga membentangkan pencapaian KPI Kluster dan laporan daripada setiap unit dan membincangkan hal-hal lain yang berkaitan terutama laporan Video menarik di Mukah & Dalat. Mesyuarat ini juga menyelaras tugas penggambaran video bulanan dan menyelaras aktiviti promosi baju Menarik Di Mukah dan Dalat.

Kebaikan mesyuarat tersebut ialah :

  • Mengenalpasti cadangan-cadangan bernas untuk meningkatkan usaha keterlibatan dengan masyarakat setempat.

  • Memperkenalkan PIK kepada orang luar dan mampu menarik peserta untuk menggunakan kemudahan di Pusat Internet.

  • Memperkasakan peranan PIK melalui video-video yang mampu menarik orang luar mengetahui produk-produk pelancongan yang ada di daerah Mukah dan Dalat.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN DASHBOARD KOMUNITI (DK)

Tarikh 12-13 Disember 2020
Masa 2 petang sehingga 4.00 petang
Lokasi Pusat Internet Kampung Sungai Ragei
Peserta   5 orang peserta
Tujuan 

1. Membimbing belia untuk mengemaskini Dashboard Komuniti (DK).

2. Memberikan tunjuk ajar cara-cara mengisi applikasi DK seperti MySoal, MyKomuniti dan MyShop.

3. Memperkasakan peranan PIK dalam membantu komuniti setempat meningkatkan kemahiran ICT dan Digital.

   
Aktiviti 

Petugas Pi mengajar pelajar cara menggunakan Dashboard Komuniti (DK) iaitu MySoal, MyKomuniti & MyShop. Selain itu, pelajar juga mencari bahan-bahan untuk perkongsian dalam Internet.  Contohnya, mutiara kata harian untuk diletakkan dalam Mykomuniti. Berita-berita terkini dari dalam portal berita boleh dikongsi dalam MyKomuniti.

Kebaikan bimbingan tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet (Pi) dengan komuniti setempat.

  • Memudahcara untuk para belia mengisi DK dan dapat memberikan ilmu ICT yang baharu kepada peserta.

  • Meningkatkan penggunaan perkhidmatan Pi dan mencapai KPI Pi.

Gambar Disini


PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK (KDB) ADVOKASI 2020

Tarikh 14 Disember 2020
Masa 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Bilik Latihan Pusat Internet Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta 
Tujuan 

1. Memberikan kesedaran kepada para peserta mengenai bahaya penyalahgunaan Internet.

2. Melahirkan generasi digital yang peka, bijak dan bertanggungjawab dalam alam maya.

3. Mendidik peserta supaya memanfaatkan Internet dengan cara yang betul berlandaskan nilai-nilai murni dalam Rukun Negara.

   
Aktiviti 

Petugas menyampaikan taklimat Program Klik Dengan Bijak (KDB) yang disokong oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Petugas juga hanya memberi tugasan untuk menonton video berkaitan tajuk Advokasi Klik dengan Bijak iaitu seperti Buli Siber, Pengantunan Dalam Talian, Sexting, Ketagihan Internet & Maklumat Palsu. Selain itu, kuiz KDB juga dibagi selepas menonton video berkaitan tajuk tersebut.

Kebaikan daripada program tersebut ialah :

  • Mewujudkan kerjasama antara Pusat Internet (PIK) dengan komuniti tempatan.

  • Meningkatkan kesedaran para peserta mengenai Program Klik Dengan Bijak dan objektifnya dalam melahirkan generasi bijak ICT.

Gambar Disini