KELAS ICT : MICROSOFT POWERPOINT

Tarikh : 17 Mei 2023
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat

Aktiviti 

Program ini mendedahkan dan memberi bimbingan kelas menaip dan persembahan kepada peserta. Pengajar Kelas ini adalah Puan Fifiana binti Matan selaku Pengurus PEDi Sungai Ragei. Antara modul yang diajar adalah kelas Microsoft Office PowerPoint 2021.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini

PROGRAM PEMERKASAAN USAHAWANITA 2023 “WANITA PEMANGKIN EKONOMI” KERJASAMA MUKAH YOUTH TRANSFORMATION & INNOVATION CENTRE (MYTIC) DAN PEDi KLUSTER MUKAH DALAT

Tarikh : 20 Mei 2023
Masa : 8.00 pagi -5.00 petang
Lokasi : Dewan Serbaguna Kampung Tellian Tengah, Mukah
Peserta   : 100 orang peserta
Tujuan 

1. Memperkasa usahawan wanita ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

2. Untuk menggalakkan kemajuan usahawan wanita melalui sektor-sektor utama daerah dengan menyediakan saluran maklumat dana, latihan dan inisiatif-inisiatif sedia ada.

3. Untuk memberi peluang kepada usahawan wanita bagi membincangkan isu-isu dan cabaran yang dihadapi dalam menggalakkan keusahawanan dan pembangunan di bahagian Mukah.

4. Meningkatkan kemahiran usahawan melalui demostrasi bidang makanan, kraftangan dan kecantikan.

5. Memberi pendedahan berkenaan kebaikan dan keburukan penggunaan internet dalam kehidupan seharian.

6. Memartabatkan PEDi sebagai pusat yang interaktif  dan penuh dengan informasi terkini yang dapat membina  empayar  sosio ekonomi yang hebat.

Aktiviti 

Program ini melibatkan usahawanita tempatan di sekitar Daerah Mukah, Balingian, Oya & Dalat bagi Kluster Mukah Dalat. Pelbagai taklimat yang dianjurkan pihak PEDi Kluster Mukah & Dalat serta Mystic kerjasama bersama agensi sekitar Mukah iaitu Taklimat Pengenalan Platform Pemasaran Dalam Talian Oleh Rakan Digital, Taklimat Pendaftaran Lesen Perniagaan Sarawak Oleh Pejabat Daerah Mukah, Taklimat Pendaftaran Lesen Perniagaan MDDM Oleh Majlis Daerah Dalat & Mukah. Selain itu, Pameran Agensi Jemputan pun ada. Sebelah petang pula aktiviti Demonstrasi 4 Dalam 1: Kek Marble Moden - Aisyah Nasri Kitchen, Solekan -Ladies Beauty Spa, Kuih Traditional - Jabatan Kemajuan Masyarakat Kemas & Kraftangan (Anyaman) - Jabatan Kemajuan Masyarakat Kemas. Antara aktiviti sampingan pula ialah Ceramah Klik Dengan Bijak “Keselamatan Perbankan Dalam Talian “Oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Taklimat Oleh PDRM Bahagian Mukah & Sharing Session oleh Peserta.

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Pendedahan untuk memperkasakan usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

  • Pendedahan tentang bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan mikro.

  • Pendedahan tentang pendaftaran Lesen Perniagaan Sarawak dan Pendaftaran Lesen Perniagaan MDDM Majlis Daerah Dalat & Mukah.

  • Memberi kesedaran mengenai risiko ketika melayari internet dan penipuan kewangan atas talian.

  • Mengeratkan hubungan kerjasama antara PEDi dengan agensi atau organisasi luar.

  • Memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan PEDi kepada komuniti

Gambar Disini

KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN ANJURAN NZ BUNGA VENTURE TRAINING & CONSULTANT

Tarikh : 8 April 2023
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 21 orang peserta
Tujuan 

1. Memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.

2. Memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih.

Aktiviti 

Kelas ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang mementingkan keselamatan dan kebersihan makanan yang disediakan oleh pengendalian makanan. Selain itu, peserta juga boleh berinteraksi dengan pengajar iaitu Puan Nur Nadiah Binti Shahrom dari NZ Bunga Venture Training & Consultant. Puan Fifiana menambah sedikit taklimat berkaitan Advokasi Klik dengan Bijak yang bertajuk Tidak Pasti Jangan Kongsi untuk pengetahuan para pengendali makanan yang hadir di PEDi.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan pengetahuan peserta berkenaan tatacara penyediaan makanan yang betul dalam bidang penjualan makanan.

  • Memperolehi pengetahuan tentang pengendalian makanan yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Memahami faktor-faktor silang yang boleh menyebabkan risiko keracunan makanan.

Gambar Disini

KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN ANJURAN NZ BUNGA VENTURE TRAINING & CONSULTANT

Tarikh : 15 April 2023
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 11 orang peserta
Tujuan 

1. Memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.

2. Memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih.

Aktiviti 

Kelas ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang mementingkan keselamatan dan kebersihan makanan yang disediakan oleh pengendalian makanan. Selain itu, peserta juga boleh berinteraksi dengan pengajar iaitu Puan Nur Nadiah Binti Shahrom dari NZ Bunga Venture Training & Consultant. Puan Fifiana menambah sedikit taklimat berkaitan Advokasi Klik dengan Bijak yang bertajuk Perbankan dalam Talian untuk pengetahuan para pengendali makanan yang hadir di PEDi.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan pengetahuan peserta berkenaan tatacara penyediaan makanan yang betul dalam bidang penjualan makanan.

  • Memperolehi pengetahuan tentang pengendalian makanan yang mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Memahami faktor-faktor silang yang boleh menyebabkan risiko keracunan makanan.

Gambar Disini

KELAS KEUSAHAWANAN (DIGITAL MARKETING)

Tarikh : 11 Februari 2023
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 4 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

2. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

3. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat

Aktiviti 

Program ini mendedahkan dan memberi bimbingan kelas keusahawanan kepada peserta. Pengajar Kelas ini adalah Puan Fifiana binti Matan selaku Pengurus PEDi Sungai Ragei. Antara modul yang diajar adalah Kelas cara-cara pemasaran secara digital dan Advokasi Klik Dengan Bijak (SCAMMER & BERITA PALSU).

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini

KELAS LITERASI DIGITAL (SURAT KIRIMAN RASMI)

Tarikh : 16 Februari 2023
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan wanita dalam pasaran kerja.

3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

Aktiviti 

Kelas ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2021 iaitu Word yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina Stephen & Puan Fifiana Bt Matan. Selain itu, peserta belajar membuat surat kiriman rasmi untuk permohonan pekerjaan dan keterangan tentang cara-cara pemasaran secara digital.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini

KELAS CANVA (EDITING)

Tarikh : 15 Mac 2023
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat

Aktiviti 

Program ini mendedahkan dan memberi bimbingan kelas editing kepada peserta. Pengajar Kelas ini adalah Puan Fifiana binti Matan selaku Pengurus PEDi Sungai Ragei. Antara modul yang diajar adalah kelas cara-cara edit gambar.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini

KURSUS LATIHAN PENGENDALIAN MAKANAN ANJURAN NZ BUNGA VENTURE TRAINING & CONSULTANT

Tarikh : 18 Mac 2023
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Tellian Ulu
Peserta   : 21 orang peserta
Tujuan 

1. Memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.

2. Memberi pendedahan akan kepentingan mengendalikan makanan dengan selamat agar keselamatan makanan dapat di jaga dan akhirnya pelanggan tidak mendapat mudharat akibat dari cara pengendalian makanan yang tidak bersih.

Aktiviti 

Kelas ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Kursus Latihan Pengendali Makanan yang mementingkan keselamatan dan kebersihan makanan yang disediakan oleh pengendalian makanan. Selain itu, peserta juga boleh berinteraksi dengan pengajar iaitu Puan Nur Nadiah Binti Shahrom dari NZ Bunga Venture Training & Consultant. Puan Fifiana menambah sedikit taklimat berkaitan Advokasi Klik dengan Bijak yang bertajuk Penipuan Online Banking untuk pengetahuan para pengendali makanan yang hadir di PEDi.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan pengetahuan peserta berkenaan tatacara penyediaan makanan yang betul dalam bidang penjualan makanan.

Gambar Disini

PROGRAM TAKLIMAT KEMUDAHAN PEMBIAYAAN BSN MIKRO-i SEMARAK NIAGA

Tarikh : 21 Mac 2023
Masa : 2.30 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 13 orang peserta
Tujuan 

1. Memberi pendedahan kepada peserta khususnya usahawan berkenaan dengan kemudahan yang ditawarkan oleh pihak BSN.

Aktiviti 

Taklimat ini berkaitan dengan cara-cara permohonan pembiayaan BSN Mikro-i Semarak Niaga kepada para peniaga dan baru nak berniaga.

Kebaikan taklimat tersebut ialah :

  • Peserta tahu akan kewujudan kemudahan-kemudahan yang disediakan oleh pihak yang berkenaan.

  • Peserta khususnya usahawan berpeluang untuk bertanya segala persoalan kepada pihak yang berkenaan.

Gambar Disini

BENGKEL PENULISAN RESUME INFOGRAFIK JANUARI 2023

Tarikh : 7 Januari 2022
Masa : 4.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Mengajar peserta cara membuat resume berbentuk infografik.

2. Pendedahan kepada peserta antara persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan.

3. Menyediakan resume kepada peserta.

Aktiviti 

Program ini mendedahkan dan memberi bimbingan membuat resume berbentuk infografik kepada peserta yang baru nak masuk ke alam pekerjaan menggunakan aplikasi online iaitu CANVA. Pengajar Bengkel ini adalah Puan Agatha Wisterina Stephen selaku Penolong Pengurus PEDi Sungai Ragei.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Mendedahkan kepada peserta cara membuat resume dan isi kandungan resume yang baik pada masa kini.

  • Mengisi maklumat peribadi di laman web Suruhanjaya Persekutuan Awam (SPA9) & E-recruitment Sarawak.

Gambar Disini

MENCIPTA LOGO (CANVA)

Tarikh : 7 Januari 2023 & 19 Januari 2023
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 3 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan wanita dalam pasaran kerja.

3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2021 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina Stephen & Puan Fifiana Bt Matan. Selain itu, Petugas juga mengajar mencipta logo menggunakan canva.com iaitu aplikasi online untuk mencipta logo ataupun resume infografik.