PROGRAM LATIHAN LITERASI ICT DAN DIGITAL 2022

Tarikh : 4 Julai 2022 - 29 Julai 2022
Masa : 9.30 pagi - 12.30 tengah hari & 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan wanita dalam pasaran kerja.

2. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

3. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2010 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina Stephen & Encik Marcos Anak Jalak. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya sekali dengan sijil penyertaan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini


PROGRAM “CREATING E-BUSINESS IN FACEBOOK AND SALES IN FACEBOOK LIVE” ANJURAN PEDI KLUSTER MUKAH DALAT

Tarikh : 16 Julai 2022
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Kg Judan
Peserta   : 16 orang peserta
Tujuan 

1. Memperkasakan usahawan mikro untuk menjadi usahawan mikro digital yang lebih efektif.

2. Untuk membantu usahawan mikro beralih kepada pendigitalan menjelang 2025 sejajar dengan seruan kerajaan pada masa kini, pemikiran inovatif dan berdaya saing di peringkat global.

3. Untuk memperkenalkan peranan PEDi kepada komuniti luar usahawa membantu usahawan dalam kemahiran digital.

   
Aktiviti 

Program keusahawanan kali ini lebih menekankan tentang bagaimana memulakan dan menjalankan perniagaan kita lebih berkembang melalui platform media social seperti Facebook. Dalam Program kali ini kita akan membantu usahawan untuk membina page perniagaan masing-masing dan mengajar bagaimana hendak berjual produk secara “Live” dalam Facebook.

Setiap PEDi terlibat telah menghantar 2 atau 3 usahawan atau wakil bagi menghadiri program ini.  Para peserta hendaklah mempunyai laman Facebook sendiri (wajib) bagi memudahkan kelas bimbingan dibuat semasa program dijalankan.

Antara modul yang dipelajari semasa program adalah seperti berikut :

  1. Membuat facebook page untuk perniagaan secara talian.
  2. Memulakan “Live” di Page masing-masing.
  3. Facebook posting dan Schedule.
  4. Facebook automation messaging dan link media sosial.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Usahawan dapat membuat Page perniagaan sendiri dan memasukkan seberapa banyak produk yang dijual,sediakan jadual untuk promosi produk secara “Live” dan pembeli dapat membeli secara “direct”kepada usahawan secara dalam talian.

Gambar Disini


KUIZ ICT & TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK (KDB) SEMPENA PROGRAM HARI BERSAMA KOMUNITI

Tarikh : 21 Julai 2022
Masa : 10.30 pagi sehingga 12.00 tengah hari
Lokasi : Tabika Kemas Sungai Kut Muara, Dalat
Peserta   : 17 orang peserta & 4 orang guru Tabika
Tujuan 

1. Mengasah minda kanak-kanak dengan ilmu ICT.

2. Mendedahkan pembelajaran berasaskan ICT kepada kanak-kanak pra sekolah.

3. Mewujudkan kesedaran kepada kanak-kanak tentang keburukan bermain gajet dan Internet secara berlebihan.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Encik Marcos, Pengurus PEDi Sungai Ragei berinteraksi dengan kanak-kanak tabika mengenai kuiz ICT dan menyampaikan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB). Para peserta diberikan sebuah buku mengandungi pelekat yang bercirikan ICT dan permainan untuk menarik minat kanak-kanak. Penyampaikan cenderahati berupa hamper kepada Cikgu Tracy Edmund sebagai penghargaan kerana sudi menerima kunjungan pihak PEDi oleh Encik Marcos.

TENTATIF PROGRAM:

  1. Kuiz Am ICT-meliputi nama-nama gajet, gambar-gambar peralatan untuk berhubung, Teka gambar
  2. Sejarah perhubungan komunikasi
  3. KDB-Kesan Buruk Internet
  4. Tayangan Video
  5. Penyampaian Hadiah kepada peserta dan tuan rumah
  6. Sesi Bergambar

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan kanak-kanak pra sekolah dengan ilmu ICT yang berkesan dan sesuai dengan umur mereka.

  • Melahirkan generasi akan datang yang bukan sahaja bijak tentang sains dan ICT malah memiliki moral dan berhemah tinggi.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemik COVID-19.

Gambar Disini

KELAS BIMBINGAN KERJAYA : RESUME & COVER LETTER JUN 2022

Tarikh : 7 Jun 2022
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu para belia lepasan sekolah meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing pelajar menghasilkan resume yang baik dan surat permohonan pekerjaan yang baik dan komprehensif.

3. Memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Peserta mengikuti Kelas Bimbingan Resume ini dengan rela hati ingin mempelajari cara-cara membuat resume dengan betul dan menimba ilmu dalam menggunakan template resume yang sesuai dan mengajar cara-cara menghantar permohonan pekerjaan melalui emel. Petugas juga membantu mengisi maklumat dalam portal-portal permohonan sama ada oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Selain itu, petugas mengimbas sijil-sijil akademik dan sijil-sijil kokurikulum para peserta.

Antara portal permohonan pekerjaan yang dilayari ialah:

  • Sarawak Energy
  • Press Metal Berhad, Bintulu Sarawak

 

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

  • Mewujudkan kerjasama erat PEDi dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran para peserta.

Gambar Disini


LATIHAN STRATEGI PEMASARAN - DROPSHIP PRODUCTS

Tarikh : 11 Jun 2022
Masa 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu usahawan IKS atau agen produk (dropship) mempromosikan produk jualan di media sosial ataupun di platform digital.

2. Memberi peluang kepada usahawan menambah pendapatan di PEDi.

3. Memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Petugas menerangkan teknik pembungkusan yang lebih menarik dan maklumat pada produk senang dibaca dan mudah difaham. Selain itu, petugas menerangkan 5 strategi utama pemasaran kepada peserta iaitu;

  1. Pelan Pemasaran yang Kukuh
  2. Kenalpasti Pesaing
  3. Menghasilkan Produk Berkualiti
  4. Pembungkusan Produk yang Menarik
  5. Menguasai Pemasaran Digital

 

Antara aktiviti sampingan adalah melabel harga dan nama produk-produk jualan usahawan. Taklimat perkhidmatan lain yang ada disediakan PEDi seperti latihan platform digital Shopee dan Yezza.

 

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Petugas memberikan tips strategi pemasaran dalam bentuk kertas edaran sebagai panduan kepada usahawan memantapkan kaedah promosi.

  • Produk yang dipamerkan di PEDi akan ditularkan di media-media sosial lain seperti di Youtube, Facebook, Tik Tok dan sebagainya.

  • Usahawan dan petugas dapat bertukar-tukar pendapat mengenai potensi jualan dalam media sosial.

Gambar Disini


PERJUMPAAN BERSAMA USAHAWAN IKS – TAWARAN MENYEWA TEMPAT UNTUK  MEMPROMOSI PRODUK DROPSHIP DI PEDI

Tarikh : 16 Jun 2022
Masa : 2.00 petang sehingga 4.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu usahawan IKS mempromosikan produk keluaran.

2. Memberi peluang kepada usahawan menambah pendapatan di PEDi.

3. Memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Peserta mempamerkan produk keluaran atau produk jualan dalam almari kabinet yang disediakan dengan kadar bayaran sewa sebulan untuk satu blok kecil kabinet ialah RM10.00. Petugas menerangkan 5 strategi utama pemasaran kepada peserta iaitu;

  1. Pelan Pemasaran yang Kukuh
  2. Kenalpasti Pesaing
  3. Menghasilkan Produk Berkualiti
  4. Pembungkusan Produk yang Menarik
  5. Menguasai Pemasaran Digital

 

Antara aktiviti sampingan adalah melabel harga dan nama produk-produk jualan usahawan. Taklimat perkhidmatan lain yang ada disediakan PEDi seperti latihan platform digital Shopee dan Yezza.

 

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Petugas memberikan tips strategi pemasaran dalam bentuk kertas edaran sebagai panduan kepada usahawan memantapkan kaedah promosi.

  • Produk yang dipamerkan di PEDi akan ditularkan di media-media sosial lain seperti di Youtube, Facebook, Tik Tok dan sebagainya.

  • Usahawan dan petugas dapat bertukar-tukar pendapat dan perkongsian tentang penjualan produk Proinsect di Mukah.

Gambar Disini

KELAS PEMBENTANGAN PROJEK PELAJAR ELEKTRIKAL SARAWAK SKILLS, KAMPUS MUKAH

Tarikh : 4 April 2022 - 8 April 2022
Masa : 10 pagi - 1 tengah hari & 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 18 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran komunikasi dan softskills pelajar kemahiran.

2. Membantu pelajar menyiapkan tugasan dengan membimbing kemahiran mereka mencari maklumat di Internet.

3. Memupuk kerjasama antara PEDi dengan komuniti serta agensi-agensi kerajaan, NGO mahupun persatuan.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini menggunakan PEDi untuk mencari maklumat isi kandungan bagi Projek Elektrik para peserta. Peserta menggunakan perkhidmatan internet untuk mencari maklumat berkaitan projek mereka dan membuat satu persembahan pembentangan di dalam Microsoft Powerpoint 2010 yang serba sedikit diajar oleh petugas PEDi.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • PEDi dapat mempromosikan peranan dan perkhidmatannya melalui taklimat ringkas oleh petugas sekaligus menarik minat ahli-ahli baharu mendaftar di PEDi.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemik COVID-19.

Gambar Disini


KELAS E-SERVICES

Tarikh : 5 April 2022 - 8 April 2022
Masa : 9.00 pagi sehingga 4 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 3 orang peserta
Tujuan 

1. PEDi dapat mempromosikan peranan dan perkhidmatannya melalui bimbingan secara terus dengan pengguna.

2. Meningkatkan pengetahuan mengenai perkhidmatan e-services oleh pihak kerajaan.

3. Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemik COVID-19.

   
Aktiviti 

Peserta menggunakan perkhidmatan internet untuk e-Services yang berkaitan seperti Zoom Meeting bagi Kursus CIDB yang berkaitan dengan Kursus Pengurusan Tuntutan dan Kontrak , mengisi I-Akaun KWSP (Kemaskini dan memohon pengeluaran KWSP) & mengisi borang permohonanan geran usahawan online iaitu GoDigital daripada Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • PEDi dapat mempromosikan peranan dan perkhidmatannya melalui bimbingan secara terus dengan pengguna.

  • Meningkatkan pengetahuan mengenai perkhidmatan e-services oleh pihak kerajaan.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemik COVID-19.

Gambar Disini


RAYA GLAM BEAUTY CLASS ANJURAN MARY KAY DENGAN KERJASAMA PEDI SUNGAI RAGEI

Tarikh : 17 April 2022
Masa : 11.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 6 orang peserta
Tujuan 

1. Memupuk kerjasama antara PEDi dengan komuniti serta agensi-agensi kerajaan, NGO, swasta atau badan berkanun.

2. Menggalakkan komuniti menjaga kesihatan kulit wajah dan menggunakan produk yang mempunyai kualiti dengan harga yang berpatutan.

3. Menjadikan sesi kelas ini sebagai platform untuk membina perniagaan kecil-kecilan dengan menjual produk-produk yang ditawarkan.

   
Aktiviti 

Modul Pembelajaran:

  • Taklimat pengenalan syarikat Mary Kay oleh Mdm Diana Lo.
  • Pameran roduk-produk kesihatan muka.Demo penjagaan kulit muka.
  • Perkongsian testimony oleh Puan Fabinah Robert Trawis.
  • Taklimat agen produk Mary Kay dan teknik pemasaran oleh Mdm Angeline.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • PEDi dapat mempromosikan peranan dan perkhidmatannya melalui taklimat ringkas oleh petugas sekaligus menarik minat ahli-ahli baharu mendaftar di PEDi.
  • Menambahkan jaringan perniagaan usahawan tempatan dan mengembangkan jualan produk kepada pelanggan-pelanggan baharu.
  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemik COVID-19.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN RESUME & COVER LETTER APRIL 2022

Tarikh : 24 April 2022
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu para belia  meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing pelajar menghasilkan resume yang baik dan komprehensif.

3. Memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Peserta mengikuti Kelas Bimbingan Resume ini dengan rela hati ingin mempelajari cara-cara membuat resume dengan betul dan menimba ilmu dalam menggunakan Canva.com sebagai platform untuk membuat resume bergrafik, cantik dan kreatif untuk menarik perhatian syarikat yang diminta oleh peserta dapat menjamin masa depan yang baik.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

  • Mewujudkan kerjasama erat Pusat Internet dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran para peserta.

Gambar Disini

KELAS BIMBINGAN KERJAYA : RESUME & COVER LETTER MEI 2022

Tarikh : 9 Mei 2022
Masa : 9.30 pagi - 11.30 pagi
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 3 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu para belia lepasan sekolah meningkatkan kemahiran komputer dan ICT.

2. Membimbing pelajar menghasilkan resume yang baik dan surat permohonan pekerjaan yang baik dan komprehensif.

3. Memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Peserta mengikuti Kelas Bimbingan Resume ini dengan rela hati ingin mempelajari cara-cara membuat resume dengan betul dan menimba ilmu dalam menggunakan template resume yang sesuai. Petugas juga membantu mengisi maklumat dalam portal-portal permohonan sama ada oleh pihak kerajaan mahupun swasta. Selain itu, petugas mengimbas sijil-sijil akademik dan sijil-sijil kokurikulum para peserta.

Antara portal permohonan pekerjaan yang dilayari ialah:

  • Sarawak e-Recruitment
  • Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia (SPA9)
  • Sarawak Energy
  • Jobstreet.com

 

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

  • Mewujudkan kerjasama erat PEDi dengan pihak komuniti.

  • Meningkatkan kebolehpasaran para peserta.

Gambar Disini


KELAS BIMBINGAN ICT - ENJIN CARIAN MEI 2022

Tarikh : 22 Mei 2022
Masa 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 4 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran komunikasi peserta.

2. Membantu pelajar menyiapkan tugasan dengan membimbing kemahiran mereka mencari maklumat di Internet.

3. Memupuk kerjasama antara PEDi dengan komuniti serta agensi-agensi kerajaan, NGO mahupun persatuan.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Modul Enjin Carian yang diajar kepada peserta ialah Browser Google Chrome & Browser Internet Firefox. Selain itu, taklimat ringkas pengenalan PEDi & Mobile e-Waste.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • PEDi dapat memberi sumbangan khidmat nasihat kepada para pelajar mengenai cara-cara mencari maklumat menggunakan Internet untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemik COVID-19.

Gambar Disini


KELAS E-SERVICES

Tarikh : 26 Mei 2022
Masa : 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Menggalakkan penggunaan e-services dalam kalangan komuniti.

2. Membimbing dan meningkatkan kemahiran pengguna menggunakan ICT.

3. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat

   
Aktiviti 

Saudari Magdaline mengemaskini maklumat dalam portal Kementerian Pendidikan iaitu public.moe.gov.my bagi kemasukkan murid tahun 1.  Beliau membantu ibunya untuk mengisi maklumat tersebut untuk adiknya yang bakal memasuki Tahun 1 pada 2023. Saudara Lukman pula mengemaskini maklumat dalam portal PERKESO.  Beliau turut dibimbing oleh petugas untuk mengemaskini data-data yang diperlukan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • PEDi dapat mempromosikan peranan dan perkhidmatannya melalui bimbingan secara terus dengan pengguna.

  • Meningkatkan pengetahuan mengenai perkhidmatan e-services oleh pihak kerajaan.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemik COVID-19.

Gambar Disini

PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT KURSUS KEPADA PESERTA LATIHAN ICT DAN DIGITAL (KATEGORI DEWASA) 2022

Tarikh : 9 Mac 2022
Masa : 12 tengah hari
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan wanita dalam pasaran kerja.

3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2010 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina Stephen & Encik Marcos Anak Jalak. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya sekali dengan sijil penyertaan. 

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini


LAWATAN KE PREMIS USAHAWAN PEDI DAN PENYERAHAN SURAT JEMPUTAN MENGIKUTI PROGRAM XPO USAHAWAN MIKRO 2022

Tarikh : 13 Mac 2022
Masa : 9.00 pagi sehingga 10 pagi
Lokasi : PEDi Sungai Ragei
Peserta   : 4 orang peserta
Tujuan 

1. Membantu usahawan mikro yang dibimbing PEDi dengan melihat keperluan lain untuk permohonan bantuan.

2. Menjemput usahawan terlibat dengan program yang memberi mereka manfaat dari segi penyediaan dana, inisiatif dan bantuan perniagaan.

3. Memperkenalkan perkhidmatan PEDi kepada komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Petugas menyerahkan borang pendaftaran dan sedikit taklimat program Xpo Usahawan Mikro yang bakal diadakan pada 26hb Mac 2022.Selain itu, petugas mencatatkan keperluan-keperluan usahawan dan mengambil maklum isu-isu yang dibangkitkan sambil menyerahkan surat jemputan untuk menyertai Xpo Usahawan Mikro 2022 anjuran bersama Mukah Youth Information & Innovation Centre (MYTIC) dan PEDi Kluster Mukah dan Dalat.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Mengambil maklum isu-isu usahawan dalam menjalankan perniagaannya.

  • Menjemput usahawan untuk menyertai ekspo usahawan akan meningkatkan jaringan pemasaran produk.

  • Mendedahkan usahawan dengan jenis-jenis bantuan, dana dan inisiatif daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan.

Gambar Disini


PROGRAM XPO USAHAWAN MIKRO “KE ARAH MINDA KEUSAHAWANAN GLOBAL” KERJASAMA MUKAH YOUTH TRANSFORMATION & INNOVATION CENTRE (MYTIC)  DAN PEDi KLUSTER MUKAH DALAT

Tarikh : 26 Mac 2022
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Hotel Kingwood, Mukah
Peserta   : 33 peserta usahawan & 14 orang petugas PEDi Kluster Mukah dan Dalat
Tujuan 

1. Untuk memberi peluang kepada usahawan mikro tempatan dan agensi terlibat membincangkan isi-isu dan cabaran yang dihadapi dalam menggalakkan aktiviti keusahawanan.

2. Untuk mendedahkan usahawan mikro kepada bantuan-bantuan yang ada disediakan oleh pihak kerajaan (agensi) bagi meningkatkan keupayaan dan kelangsungan perniagaan.

3. Untuk memperkasakan usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.

4. Untuk memperkenalkan peranan PEDi kepada komuniti luar serta meningkatkan kerjasama  dengan agensi-agensi kerajaaan, NGO dan Swasta bagi membantu pembangunan usahawan mikro tempatan.

   
Aktiviti 

Antara aktiviti yang dilakukan semasa program tersebut adalah seperti berikut Ceramah Motivasi daripada Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS), Taklimat Bantuan Dana & Inisiatif daripada Agensi Jemputan, Pameran Agensi Jemputan dan Pameran Produk Usahawan, Sesi Interaktif Bersama Usahawan, (KDB, Perkongsian Usahawan  Pengetahuan Am) serta Pendaftaran Ahli Baharu.

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Pendedahan tentang bantuan-bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan kepada usahawan mikro.
  • Pendedahan untuk memperkasakan usahawan kecil ke arah pendigitalan yang inovatif dan berdaya saing.
  • Pendedahan tentang isu-isu dan cabaran dalam aktiviti keusahawanan.
  • Memperkenalkan perkhidmatan yang disediakan PEDi kepada komuniti.
  • Mengukuhkan hubungan kerjasama dengan agensi yang terlibat

Gambar Disini