KELAS PENDIDIKAN STEM: DEVELOPMENT ACTIVITY

Tarikh : 8 Mac 2024
Masa : 2.45 petang - 3.45 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 3 orang peserta
Tujuan 

1. Cabar diri peserta dengan membina struktur yang lebih tinggi tetapi masih lagi mengambil kira faktor kestabilan melalui aktiviti pendidikan STEM.

2. Pendedahan kepada kesedaran awam tentang keselamatan di dalam talian kepada peserta.

   
Aktiviti 

Aktiviti tersebut memberi taklimat ringkas yang akan dilaksanakan iaitu kelas pendidikan STEM (Development Activity) melalui tayangan video dari youtube cara untuk menghasilkan tapak pembinaan. Selain itu, petugas dapat memberi bimbingan asas membuat rumah menggunakan stick & plastisin.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Membimbing dan membangunkan kemahiran berfikir peserta.

  • Menggalakan peserta melaksanakan aktiviti dengan mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM secara betul, kreatif dan kritis.

Gambar Disini


AKTIVITI KLIK DENGAN BIJAK: TAYANG VIDEO (SIBER BULI) & KUIZ KDB

Tarikh : 8 Mac 2024
Masa : 3.45 petang - 4.45 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 3 orang peserta
Tujuan 

1. Menyampaikan kepentingan kempen Klik kesedaran awam tentang keselamatan dalam talian kepada peserta.

   
Aktiviti 

Petugas memberi link youtube dengan menonton video kesedaran tentang masalah siber buli kepada peserta. Ada juga sesi soal jawab berkaitan dengan pemahaman peserta berkaitan dengan siber buli. Selain itu, petugas menerangan cara untuk mengatasi atau pengelakkan diri dari jadi mangsa/pembuli di internet kepada peserta serta kesan buli siber kepada peserta.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kesedaran kepada peserta agar tidak terlalu berkongsi semua maklumat atau privasi kepada orang luar.

  • Mendidik peserta cara untuk mengelakkan diri dari menjadi mangsa dan pembuli di internet.

  • Membantu peserta untuk menjadi pengguna ineternet yang bertanggungjawab

Gambar Disini


KELAS KEUSAHAWANAN: ASAS FOTOGRAFI & PENGIKLANAN MELALUI WHATSAPP

Tarikh : 9 Mac 2024
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pengenalan kepada asas fotografi kepada peserta.

2. Menggalakkan usahawan kecil menceburi perniagaan dalam talian menerusi pengiklanan melalui WhatsApp.

3. Memberi dorongan untuk usahawan mirco mempelbagaikan cara untuk mempromasi dan menjual produk bagi meningkatkan sosioekonomi.

4. Mempromosi kesedaran awam keselamatan dalam talian melalui perkongsian Klik dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas memberi penerangan ringkas mengenai cara untuk mengambil gambar produk jual sendiri yang lebih menarik dan memberi penerangan berkaitan dengan pengiklanan melalui WhatsApp kepada peserta.Selain itu, petugas memberi sedikit taklimat berkaitan keselamatan di dalam talian kepada peserta.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran fotografi peserta.

  • Menggalakkan peserta menceburi dalam perniagaan secara dalam talian.

  • Meningkatkan kesedaran tentang keselamatan dalam talian kepada peserta.

Gambar Disini


KUIZ PENDIDIKAN: BAHASA MELAYU, ENGLISH & MATEMATIK

Tarikh : 9 Mac 2024, 10 Mac 2024 & 16 Mac 2024
Masa : 2.00 petang - 4.30 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 5 orang peserta
Tujuan 

1. Kuiz pendidikan dijalankan secara online.

2. Menggalakkan pelajar membuat ulangkaji mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, English & Matematik.

3. Memperkasa peranan NADI sebagai sebuah pusat penyebaran maklumatan dan ilmu ICT kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Petugas memberi penerangan ringkas berkaitan kuiz yang dijalankan kepada peserta lalu mengarahkan peserta untuk membuka aplikasi Kahoot, Blooket & Wordwall untuk aktiviti kuiz. Selain itu, petugas membimbing peserta dan memberi penerangan bagi soalan dan jawab kuiz dan memberi taklimat ringkas berkaitan dengan Klik Dengan Bijak.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer.

  • Membantu peserta membuat ulangkaji pelajaran.

  • Meningkatkan kemahiran berfikir dan pengetahuan peserta melalui kuiz.

  • Meningkatkan kesedaran awam berkaitan dengan keselamatan dalam talian seperti keburukkan dan kebaikan internet kepada peserta.

Gambar Disini


KELAS MEWARNA KANAK-KANAK MAC 2024

Tarikh : 15 Mac 2024 & 16 Mac 2024
Masa : 3.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 4 orang peserta
Tujuan 

1. Kelas mewarna kanak-kanak secara online menggunakan colouringpage4u.com.

2. Meningkatkan kemahiran mengendali komputer peserta.

3. Mempromosi perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan di NADI kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Petugas memberi penerangan berkaitan dengan yang akan dilaksanakan iaitu mewarna secara atas talian menggunakan colouringpage4u.com lalu memberi bimbingan cara untuk mewarna secara online. Selain itu, petugas memberi taklimat ringkas berkaitan dengan kebaikan dan keburukkan internet kepada peserta.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu meningkatkan kemahiran peserta untuk mengawal tertikus sepanjang aktiviti mewarna.

  • Meningkatkan kemahiran pemilihan warna yang kreatif dan menarik.

  • Memperkasa peranan NADI sebagai sebuah pusat yang menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada komuniti.

Gambar Disini


KELAS ICT : PENGENALAN KEPADA KOMPUTER MAC 2024

Tarikh : 16 Mac 2024
Masa : 2.00 petang - 3.00 petang
Lokasi : NADI Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pengenalan kepada fungsi dan kegunaan komputer kepada peserta.

2. Meningkatkan kemahiran penguasaan mengedalikan komputer.

3. Mempromosi pekhidmatan yang disediakan NADI kepada komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Petugas memberi bimbingan cara untuk menggunakan komputer dan fungsi komputer kepada peserta lalu membantu peserta cara untuk menggunakan tertikus. Petugas juga mengarahkan peserta untuk mencuba sendiri cara untuk mengendalikan komputer seperti membuat carian di google dan menaip. Selain itu, petugas memberi taklimat ringkas berkaitan Klik Dengan Bijak kepada peserta.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan kemahiran asas pengedalian komputer kepada peserta.

  • Memberi pendedahan awal berkaitan dengan kegunaan komputer.

  • Memperkasa peranan NADI sebagai pusat penyampian ilmu ICT kepada komuniti.

  • Memberi kesedaran berkaitan dengan keselamat di dalam talian kepada peserta.

Gambar Disini

PROGRAM INTERVENSI KEMENJADIAN MURID TINGKATAN 1 & 2 SMK MUKAH

Tarikh : 1 Februari 2024
Masa : 8.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 248 orang peserta
Tujuan 

1. Mempromosikan fungsi dan perkhidmatan PEDi kepada pelajar sekolah.

2. Memberi pendedahan tentang pengenalan asas komputer,sistem operasi dan internet.

3. Memberi pendedahan tentang kesedaran penggunaan internet dengan betul.

4. Menggalakan komuniti untuk mendaftar sebagai ahli PEDi yang baru.

5. Menjalinkan hubungan kerjasama dengan SMK Mukah.

6. Mempromosikan PEDi kepada pelajar sekolah.

   
Aktiviti 

Tentatif Program:

Masa

 

Perkara

08.00 AM

:

  • Pengenalan Pusat Ekonomi Digital (PEDi)
  • Pengenalan Komputer, Sistem Operasi Dan Internet

10.00 AM

:

  • Tayangan Video Klik Dengan Bijak
  • Kuiz
  • Sesi Soal Jawab

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Mempromosikan fungsi dan perkhidmatan PEDi kepada pelajar sekolah.

  • Memberi pendedahan tentang pengenalan asas komputer,sistem operasi dan internet.

  • Memberi pendedahan tentang kesedaran penggunaan internet dengan betul.

  • Menggalakan komuniti untuk mendaftar sebagai ahli PEDi yang baru.

  • Menjalinkan hubungan kerjasama dengan SMK Mukah.

  • Mempromosikan PEDi kepada pelajar sekolah dan guru.

Gambar Disini


LATIHAN ICT: PENGENALAN KEPADA INTERNET & KDB

Tarikh : 6 Februari 2024
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 2 orang peserta
Tujuan 

1. Memperkasa peranan PEDi sebagai pusat penyampaian ilmu ICT kepada komuniti setempat.

2. Memberi pendedahan berkaitan asas kemahiran komputer & internet.

3. Menyampaikan kesedaran awam tentang kesealamatan dalam talian klik dengan bijak.

   
Aktiviti 

Petugas memberi penerangan ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan iaitu pengenalan kepada internet serta memberi bimbingan cara dan fungsi internet kepada peserta. Selain itu, petugas memperkenalkan beberapa jenis perisian pelayar web yang terdapat dalam komputer yang boleh diguna pakai. Petugas juga memberi taklimat ringkas mengenai advokasi klik dengan bijak kepada peserta.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta sekaligus meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer peserta.

  • Mempromosi fungsi dan peranan PEDi sebagai kepada komuniti.

  • Meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dalam talian kepada peserta.

Gambar Disini


LATIHAN ICT: PENGENALAN KEPADA EMEL & KDB

Tarikh : 9 Februari 2024
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

2. Memperkasa peranan dan fungsi PEDi kepada komuniti.

3. Mempromosi kempen advokasi klik dengan bijak yang berkaitan dengan kesedaran awam keselamatan dalam talian.

   
Aktiviti 

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas mengenai kepentingan emel dan fungsi emel lalu memberi bimbingan cara untuk menggunaan emel kepada peserta seperti cara untuk memuat naik dokumen ke dalam emel. Di samping itu, sedikit taklimat ringkas mengenai advokasi klik dengan bijak kepada peserta.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatan kesedaran keselamatan dalam talian melalui kempen advokasi klik dengan bijak yang disampaikan di PEDI.

Gambar Disini


LATIHAN KEUSAHAWANAN: ASAS FOTOGRAFI

Tarikh : 9 Februari 2024
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pengenalan kepada asas fotografi untuk kelas keusahawanan.

2. Menggalakkan usahawan mikro menceburi perniagaan dalam talian menerusi platform e-dagang bagi menyokong ekonomi digital negara.

3. Mempromosi kesedaran awam keselamatan dalam talian melalui perkongsian Klik dengan Bijak.

   
Aktiviti 

Petugas memberi penerangan ringkas mengenai kepentingan perniagaan secara dalam talian kepada peserta lalu mempraktikkan dengan membimbing cara  & teknik untuk mengambil gambar produk kepada peserta. Selain itu, sedikit taklimat ringkas berkaitan Klik dengan Bijak kepada peserta.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Pemerkasaan pendigitalan usahawan kecil di kawasan luar bandar.

  • Meningkatkan kemahiran asas keusahawanan.

  • Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran asas peserta dalam bidang fotografi untuk mempromosi produk.

  • Memperkasa peranan dan perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti.

  • Mempromosikan kempen Klik Dengan Bijak kepada komuniti

Gambar Disini


PENGENALAN KEPADA INTERNET: E-RECRUITMENT, LATIHAN MENAIP & KDB

Tarikh : 14 Februari 2024
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kebolehpasaran belia dalam pasaran kerja.

2. Meningkatkan kemahiran ICT dan kemahiran mengedali komputer peserta.

3. Memperkasakan peranan dan perkhidmatan yang di sediakan di PEDi kepada komuniti.

4. Mempromosi kempen klik dengan bijak kepada komuniti.

   
Aktiviti 

Petugas mengajar & membimbing cara untuk membuat pendaftaran dalam sistem Sarawak recruitment selain membantu peserta cara untuk mengisi maklumat di dalam sistem. Petugas juga memberi latihan menaip secara online kepada peserta. Selain itu, sedikit taklimat ringkas berkaitan Klik dengan Bijak kepada peserta.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Membantu meningkatkan kemahiran mengedalikan komputer.

  • Membuka peluang kepada belia untuk membuat pencarian pekerjaan.

  • Mempromosi peranan dan perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti.

  • Memberi kesedaran awam tentang keselamatan penggunaan di dalam talian kepada peserta.

Gambar Disini


KELAS ICT : PENGENALAN KEPADA E-LATIH, KUIZ & KDB

Tarikh : 15 Februari 2024
Masa : 10.30 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Pengenalan kepada platform E-Latih kepada peserta.

2. Merapatkan jurang penguasaan ICT dan pendigitalan bagi komuniti di kawasan luar bandar.

3. Mendedahan kesedaran awam keselamatan di dalam talian.

   
Aktiviti 

Petugas telah memberi penerangan berkaitan dengan platform E-latih  dan tawaran kursus serta kemahiran pendidikan yang ditawarkan dalam platform E-Latih. Petugas juga memberi bimbingan cara untuk membuat pendaftaran dalam sistem E-latih secara atas talian. Selain itu, sedikit taklimat ringkas berkaitan Advokasi Klik dengan Bijak kepada peserta.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • E-latih dapat membantu meningkatan kemahiran seperti pembangunan peribadi, pengurusan, kepimpinan, pendigitan, pemasaran dan sebagainya kepada peserta yang mengikut kursus tersebut.

  • Peserta turut memperoleh sijil lepas tamat sesi kursus dan sesi pembelajaran juga dijalankan secara atas talian.

  • Memberi kesedaran tentang keselamatan di dalam talian kepada peserta melalui taklimat Klik Dengan Bijak.

Gambar Disini

KELAS LITERASI ICT & DIGITAL SESI DISEMBER 2023

Tarikh : 4 Disember 2023 - 13 Disember 2023
Masa : 9.30 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan wanita dalam pasaran kerja.

3. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

4. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

 Program ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2021 iaitu Word, Excel, PowerPoint & Publisher yang diajar oleh Puan Agatha Wisterina Stephen & Puan Fifiana Bt Matan. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya sekali dengan sijil penyertaan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta seterusnya menyediakan mereka peluang untuk mempunyai daya saing dalam pasaran pekerjaan yang semakin mencabar.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat setelah fasa pandemic COVID-19.

Gambar Disini


PAMERAN KLIK DENGAN BIJAK SEMPENA FESTIVAL KOKURIKULUM SMK MUKAH 2023

Tarikh : 14 Disember 2023
Masa : 7.30 petang - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 102 orang pengunjung
Tujuan 

1. Meningkatkan kesedaran pengunjung berkenaan dengan penggunaan internet secara bijak.

2. Mewujudkan kerjasama di antara agensi iaitu PEDi dan sekolah.

3. Memberi kesedaran berkenaan dengan kewujudan PEDi di sekitar dan menguar-uarkan kemudahan yang disediakan di PEDi.

   
Aktiviti 

Program ini diadakan atas permintaan pihak sekolah SMK Mukah yang menjemput PEDi Kluster Mukah & Dalat untuk membuat pameran berkenaan Advokasi Klik Dengan Bijak kepada pelajar seluruh SMK Mukah. Selain itu, petugas PEDi juga memberi semangat kepada pelajar dengan mengadakan kuiz untuk dijawab oleh pelajar yang menghadiri ke booth pameran ini.

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Memberi kesedaran berkenaan dengan kewujudan PEDi di sekitar dan menguar-uarkan kemudahan yang disediakan di PEDi.

  • Peserta mempunyai kesedaran berkenaan apa yang betul dan salah dalam penggunaan media sosial.

Gambar Disini

 

KELAS LATIHAN ICT: ADVANCE MICROSOFT POWERPOINT

Tarikh : 3 Januari 2024
Masa : 9.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Pengenalan kepada Microsoft Powerpoint kepada peserta.

3. Memperkasa peranan PEDi sebagai pusat penyampaian ilmu ICT kepada komuniti setempat.

   
Aktiviti 

Kelas ini dibuka kepada peserta yang ingin belajar berkaitan Literasi ICT & Digital yang merangkumi modul Microsoft Office 2021 iaitu PowerPoint Advance yang diajar oleh Puan Fifiana Bt Matan. Petugas memberi penerangan ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan dan fungsi powerpoint dan memberi bimbingan cara untuk menggunakan powerpoint. Selain itu, pengajar memberi latihan menggunakan powerpoint untuk menghasilkan slide untuk pembentangan. Tambahan aktiviti sampingan iaitu taklimat ringkas mengenai advokasi klik dengan bijak kepada peserta. Petugas mengajar peserta dengan modul utama permintaan ramai peserta dengan adanya sekali dengan sijil penyertaan.

Kebaikan aktiviti tersebut ialah :

  • Memperkasa peranan PEDi sebagai pusat penyalur ilmu pengetahuan yang berkaitan teknologi.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkat penguasaan kemahiran ICT dalam kalangan peserta.

  • Meningkatkan kesedaran awam tentang keselamatan dalam talian kepada peserta.

Gambar Disini


PENGENALAN KEPADA INTERNET: E-RECRUITMENT

Tarikh : 4 Januari 2024
Masa : 10 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kebolehpasaran belia dan wanita dalam pasaran kerja.

2. Merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti luar bandar dengan komuniti bandar.

3. Memperkasakan peranan PEDi kepada komuniti sebagai pusat latihan ICT terbaik setempat.

   
Aktiviti 

Petugas memberi bimbingan cara untuk membuat pendaftaran dalam sistem Sarawak erecruitment dan membantu peserta cara untuk mengisi maklumat di dalam sistem. Selain itu, sedikit taklimat ringkas berkaitan Klik dengan Bijak kepada peserta.

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Mempromosi peranan dan perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti.

  • Membantu meningkatkan kemahiran mengedalikan komputer.

  • Membuka peluang kepada belia terutama lepasan sekolah untuk membuat pencarian pekerjaan.

  • Memberi kesedaran awam tentang keselamat awam berkaitan dengan keselamatan pengguna di dalam talian kepada peserta.

Gambar Disini


KELAS ICT : PENULISAN RESUME MENGGUNAKAN CANVA

Tarikh : 5 Januari 2024
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 1 orang peserta
Tujuan 

1. Memperkasa peranan PEDi sebagai sebuah pusat penyalur ilmu teknologi kepada komuniti.

2. Mendedahan kepada menghasilan resume untuk pekerjaan.

   
Aktiviti 

Petugas PEDi memberi penerangan tentang aktiviti yang akan dilaksanakan iaitu menghasilkan resume dan memperkenalkan canva sebagai platform untuk menghasilkan resume yang menarik dan mudah. Selain itu, memberi bimbingan pengisian maklumat yang diperlukan di dalam resume kepada peserta & memberi taklimat ringkas berkaitan dengan advokasi Klik Dengan Bijak.

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Mempromosi peranan dan perkhidmatan yang disediakan kepada komuniti.

  • Membantu meningkatkan kemahiran mengedalikan komputer.

  • Membuka peluang kepada belia terutama lepasan sekolah untuk membuat pencarian pekerjaan.

  • Memberi kesedaran awam tentang keselamat awam berkaitan dengan keselamatan pengguna di dalam talian kepada peserta.

Gambar Disini

BENGKEL MICROSOFT OFFICE BERSAMA AJK PERKIM CAWANGAN MUKAH

Tarikh : 4 November 2023
Masa : 8.30 pagi - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 7 orang peserta
Tujuan 

1. Meningkatkan kemahiran ICT para peserta.

2. Mengasah kemahiran peserta dalam penggunaan ICT.

   
Aktiviti 

Bengkel ini kerjasama PERKIM Cawangan Mukah bersama PEDi Sg Ragei. Peserta tergolong daripada wanita bekerjaya dan sudah pencen dalam pekerjaan harian mereka untuk menyertai Persatuan PERKIM Cawangan Mukah seramai 7 orang peserta. Peserta belajar menaip format surat rasmi (letterhead), format notis mesyuarat, format minit mesyuarat, format kertas kerja & laporan aktiviti program. Selain itu, modul tambahan adalah Microsoft Excel & Microsoft Powerpoint. Petugas hanya mengajar asas Excel & PowerPoint kerana kesuntukan masa.

Kebaikan bengkel tersebut ialah :

  • Meningkatkan keupayaan dan kemahiran ICT peserta.

  • Membantu peserta meningkatkan kemahiran mengendalikan komputer dan perisian untuk kegunaan alam pekerjaan secara lebih mendalam.

  • Meningkatkan penggunaan PEDi dalam kalangan komuniti setempat.

Gambar Disini


KURSUS KEUSAHAWANAN: MENCIPTA KAD BISNES

Tarikh : 4 November 2023
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : PEDi Sg Ragei
Peserta   : 7 orang peserta

perkim7

Tujuan 

1. Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan asas keusahawanan.

2. Memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan cara mencipta bisnes kad yang mudah difahami.

   
Aktiviti 

Kelas ini melibatkan persatuan PERKIM Cawangan Mukah yang seramai 7 orang peserta untuk membuat kelas keusahawanan yang berkaitan dengan Bisnes Kad iaitu menggunakan modul Microsoft Publisher 2021. Peserta membuat bisnes kad kerana untuk mereka perkenalkan diri kepada komuniti setempat bahawasanya mereka tergolong dari AJK tertinggi di dalam persatuan tersebut.

Kebaikan kelas tersebut ialah :

  • Peserta mendapat ilmu baru berkenaan dengan cara membuat bisnes kad yang lebih mudah.

 


PROGRAM ADVOKASI KLIK DENGAN BIJAK: CERAMAH PENYALAHGUNAAN MEDIA SOSIAL DAN TINDAKAN UNDANG-UNDANG

Tarikh : 9 November 2023
Masa : 8.30 pagi - 9.30 pagi
Lokasi : SMK Mukah
Peserta   : 1396 orang peserta
Tujuan 

1. Memberikan kesedaran kepada peserta betapa pentingnya mengetahui berkenaan dengan penyalahgunaan media sosial.

2. Membantu peserta menggunakan media sosial dengan lebih bijak.

3. Memberi kesedaran kepada peserta berkenaan undang-undang dan pihak berwajib yang terlibat jika berlaku penyalahgunaan dalam penggunaan media sosial.

   
Aktiviti 

Program ini diadakan atas permintaan pihak sekolah SMK Mukah yang menjemput PEDi Kluster Mukah & Dalat untuk memberi ceramah Advokasi Klik Dengan Bijak tentang Penyalahgunaan Media Sosial dan Tindakan Undang-undang kepada pelajar seluruh SMK Mukah. Selain itu, petugas PEDi juga memberi semangat kepada pelajar dengan mengadakan kuiz untuk dijawab oleh pelajar yang terpilih.

Kebaikan program tersebut ialah :

  • Peserta mempunyai kesedaran berkenaan apa yang betul dan salah dalam penggunaan media sosial.

Gambar Disini