MELAYARI INTERNET SECARA POSITIF SAMBIL BELAJAR ASAS KOMPUTER

Nama : Mohd Noor Azmir bin Mohd Shazilli
Umur : 62 tahun
Ahli : 2014 (PI Jebungan)


Latar belakang

Beliau berasal dari negeri Perak. Setelah berkahwin dengan isterinya, beliau terus menetap di Mukah. Bekerja di beberapa IPD sebelum ini sebagai Konstabel Polis. IPD terakhir tempat bertugas ialah di IPD Mukah sebelum beliau bersara 4 tahun yang lepas.

Setelah bersara, beliau ada masa yang lebih untuk berehat dan memberi dapat memberikan perhatian kepada keluarga. Di samping itu, beliau juga mempunyai masa terluang untuk mempelajari pelbagai perkara-perkara baharu.

Pada masa lapang, beliau menghabiskan masa untuk menonton TV dan melayari Internet. Beliau suka menonton Youtube. Selain menonton drama dan filem, melalui Youtube juga peserta dapat melihat berita-berita semasa yang berlaku setiap hari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau baharu menjadi ahli Pusat Internet pada tahun 2014. Sebelum ini beliau tidak begitu mengenali Pusat Internet dan perkhidmatan yang ada terdapat di Pusat Internet. Sekitar bulan September 2017 beliau akhirnya pergi ke Pusat Internet Sungai Ragei untuk melihat sendiri kemudahan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Beliau seorang yang suka melihat perkembangan semasa sama ada di luar mahupun dalam negara. Selain perkara politik belaiu juga gemar dengan info-info lain seperti sukan, sejarah, ekonomi dan sebagainya. Namun demikian, beliau sebelum ini hanya mendapatkan maklumat melalui telefon pintar yang kadang kala agak membebankan kerana terpaksa menggunakan perkhidmatan pra bayar melalui data internet yang bagi beliau agak mahal.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau suka menggunakan perkhidmatan Internet di Pusat Internet Sungai Ragei kerana bayarannya berpatutan dan tempatnya selesa.  Bukan itu sahaja, kelajuan internet di sini juga amat memuaskan dan memudahkan beliau melayari Youtube.

Beliau telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas Microsoft Word, Power Point, Excel, dan Publisher. Selain itu, beliau juga mendapat latihan daripada petugas Pusat Internet untuk membuka akaun email dan laman sosial Facebook. Namun begitu, beliau belum ada perancangan untuk memiliki akaun Facebook secara rasmi.

Selain itu, petugas-petugas Pusat Internet turut memberikan latihan menggunakan Youtube. Antara bimbingan yang diberikan oleh petugas ialah cara-cara memuat turun dan memuatnaik video dan cara-cara berkongsi video Youtube dalam laman sosial yang lain.

Bagi beliau, melalui bimbingan petugas-petugas Pusat Internet, tahap kemahiran ICT dapat dipertingkatkan kerana modul-modul yang diajar oleh mereka sesuai dengan keupayaan peserta. Selain itu, kemahiran ICT pengguna juga dapat dipertingkatkan melalui tutorial-tutorial yang boleh dilayari di Internet. Melalui kaedah visual ini, memudahkan beliau mengetahui dengan mendalam mengenai perkara yang kita ingin buat.

Contohnya, beliau telah memuat turun resipi mee goreng Cina yang mahu dipraktikkan oleh isterinya yang ada menerima tempahan daripada kedai-kedai catering.

IMG20180316090136

IMAGE1

img5

IMAGE2


USAHAWAN BUTIK KECANTIKKAN & SPA (RICHELLE LADIES BEAUTY SPA)

Nama : Aidah binti Libang
Umur : 40 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang

Puan Aidah usahawan butik kecantikan & SPA di Mukah. Puan Aidah merupakan usahawan yang sentiasa membuat inovasi terhadap perniagaannya. Bukan sahaja kreatif mempelbagaikan perkhidmatan di spa milik beliau tetapi beliau juga sentiasa terbuka untuk menambahkan kemahiran dalam bidang kecantikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kekurangan pengetahuan dalam bidang ICT menyebabkan Puan Aidah kurang yakin apabila berhadapan dengan pelanggan dan orang di sekeliling. Puan Aidah juga pernah menolak beberapa tawaran untuk mengadakan demo dan perkongsian di luar Mukah kerana tidak mahir dalam bidang ICT.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kesediaan Puan Aidah untuk mempelajari ICT di Pusat Internet kampung Sungai Ragei telah membuka mata beliau bahawa faktor umur bukan penghalang untuk beliau menempa kejayaan. Beliau mendapatkan bimbingan mengenai membangunkan Slaid Persembahan di PI secara berkala. Selepas beberapa bulan memperkemaskan kemahiran beliau, beliau akhirnya berjaya menguasai kemahiran ICT. Kini beliau tidak kekok untuk bertemu dengan pelanggan atau agensi-agensi yang menjemput beliau mengadakan ceramah.

Sejak kebelakangan ini, beliau lebih cenderung untuk mengedit gambar. Gambar yang diambil sendiri atau diperolehi daripada Internet memerlukan ketelitian untuk diletakkan dalam slaid persembahan supaya nampak kemas dan yang paling penting dapat difahami oleh audien.Sekarang, beliau turut mencuba belajar menggunakan Adobe Photoshop untuk mengedit gambar.

Oleh demikian, latihan secara teknikal dan hands-on bersama petugas PI. Beliau berpeluang bertanya terus kepada petugas sekiranya ada yang tidak difahami berbanding sewaktu menghadiri kelas ICT di luar (berbayar) yang agak terhad kerana bilangan pelajar yang agak ramai.

FB PAGE SPA

PRESENTATION

PRESENTATION 2

FB PERSONAL


 

BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN ADOBE PHOTOSHOP CS6

 

Nama : Andy Wee Wei Jie
Umur : 18 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang

Beliau merupakan lepasan sekolah Tingkatan 5 SMK Three Rivers. Sepanjang persekolahan dari tingkatan 1-5 di sekolah ini, beliau mendapat pendedahan mengenai ICT semasa sesi pembelajaran iaitu subjek ICT. Microsoft Word, Excel dan Power Point antara modul yang diajarkan. Walaubagaimanapun, pengetahuan dan pengalaman meningkatkan kemahiran tersebut terhad kerana ramai pelajar turut sama-sama menggunakan kemudahan yang ada. Setelah habis Tingkatan 5 dan menduduki SPM pada tahun lepas, beliau ingin melanjutkan kemahiran dalam bidang ICT dan kejuruteraan di Mukah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Peserta mendapat info mengenai Pusat Internet (PI) daripada beberapa orang kawan yang pernah pergi ke Pusat Internet dan mencadangkan beliau pergi ke PI terdekat iaitu yang terletak di Kampung Sungai Ragei.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau datang ke premis PI bersama ayahnya dan terus mendaftar untuk mengikuti kelas ICT yang dijadualkan oleh petugas pada bulan Januari 2018 – Februari 2018. Beliau sangat teruja dapat belajar di sini kerana keadaannya yang kondusif selain yurannya yang murah.

Beliau telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas Microsoft Word, Power Point, Excel, dan Publisher. Selain itu, peserta juga amat berminat untuk mempelajari Adobe Photoshop yang merupakan sesuatu yang baharu baginya. Bagi beliau, teknik pengajaran petugas PI di sini amat baik kerana pengajarannya menjurus kepada keperluan pekerjaan dan mudah difahami dengan contoh-contoh yang sesuai. Pendekatan ini amat penting dalam meningkatkan kemahirannya dalam penggunaan ICT.

WEE1

WEE2

WEE4

WEE3