KEUSAHAWANAN : WILSON MINI WORKSHOP

Nama : Encik Wilson Fredrerick Aki
Umur : 40 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang

Wilson merupakan seorang OKU dan merupakan anak watan Kampung Petanak Mukah.  Beliau meminati bidang mekanik sejak kecil dan menyambung pelajaran dalam bidang kemahiran elektrik dan elektronik di tempat pemulihan OKU di Samarahan, dan di Bangi, Selangor sekitar tahun  2001-2004.  Selepas itu, beliau berjaya membuka premis membaiki barang elektrik di rumahnya sendiri.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Wilson Mini Workshop dikenali daripada rakan-rakan dan saudara-mara yang ada menghantar barang rosak kepada beliau.  Melihat hasil yang memuaskan dan kepakaran Wilson, ramai pelanggan mula mengenali beliau sehinggalah ke luar daerah Mukah.  Kira-kira 4 tahun lalu, beliau tidak aktif dalam laman Facebook dan Youtube kerana agak sibuk dengan tempahan pelanggan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah menggunakan platform laman Facebook dan Youtube untuk membuat promosi, didapati pelanggannya lebih ramai dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatannya sekitar 50 peratus.  Facebook untuk perniagaan beliau ialah Wilson Mini Worshop.

Pihak Pusat Internet dengan kerjasama Facebook kluster Pusat Internet Menarik di Mukah dan Dalat telah sedaya upaya membantu Wilson mempromosikan Wilson Mini Workshop ke luar. Di samping itu, petugas juga memberikan tips mempromosikan halaman Facebook beliau dengan menggunakan teknik boosting page untuk mendapatkan pengikut lebih ramai.

Pihak Pusat Internet Sungai Ragei dan pasukan Kluster Mukah telah berjumpa dengan Wilson untuk membuat video tentang kisah kejayaannya dan perkongsian beliau membuka perniagaan membaiki barang elektrik seperti TV, radio, periuk elektrik, mesin basuh, radio dan lain-lain. Melalui kerjasama projek video ini, Facebook milik perniagaan Wilson Mini Workshop semakin ramai pengikut dan telah meningkatkan kesedaran mengenai khidmatnya.

FACEBOOK PAGE : WILSON MINI WORKSHOPWIL1

wil41

wil34

wil7

wil5

wil3

PAMERAN KEUSAHAWANAN DIJEMPUT OLEH PI KG SG RAGEI PADA HARI BERSAMA KOMUNITI 

KEUSAHAWANAN : AJAKCUT BARBERSHOP MUKAH

Nama : Encik Harish Abdullah
Umur : 23 tahun
Ahli : 2019


Latar belakang

Harish Abdullah merupakan anak watan Mukah yang berasal dari Kampung Tellian.  Beliau merupakan antara belia Bumiputera yang terawal mengasaskan kedai gunting rambut di Pasar Mukah.  Sebagai bekas pelajar kemahiran daripada Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Kuching dalam bidang Grafik, beliau telah menggunakan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi untuk membuka perniagaannya sendiri.  Bermula dengan mengambil upah mereka grafik kecil-kecilan sehinggalah kini beliau mampu membuka kedai gunting rambutnya sendiri, Ajakcut Barbershop.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Ajakcut Barbershop mula dibuka pada tahun 2016 dengan lokasi premis terletak di Pusat Kegiatan Belia Mukah.  Pada mulanya, beliau mempromosikan kedai gunting rambutnya dengan membuat brosur sendiri dan mengedarkannya di tempat-tempat yang strategik seperti kawasan pasar tumpuan ramai, sekolah-sekolah dan kampung-kampung berdekatan.  Pada masa itu, beliau baru habis belajar di PPKS Kuching dan belum begitu aktif dalam promosi di media sosial.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Hasil nasihat daripada pihak Pusat Internet, Encik Harish telah membuka laman sosial Facebook khas yang dinamakan Ajakcut Barbershop.  Sebelum ini beliau banyak mempromosikan kedai gunting rambutnya dalam Facebook peribadi.  Dengan cara ini, strategi pengiklanan dan promosi dapat dijalankan dengan lebih terancang dan terurus. Nama Ajakcut Babershop semakin dikenali dan beliau mendapat ramai pelanggan hasil pengiklanan dalam Facebook yang ternyata berkesan.  Kini, beliau telah berjaya membuka 2 cawangan dengan pekerja seramai 8 orang dan pendapatannya juga melonjak 100 peratus.

Pihak Pi melalui halaman laman sosial, Facebook kluster Pusat Internet yang dinamakan Menarik di Mukah dan Dalat telah sedaya upaya membantu Encik Harish mempromosikan Ajakcut Barbershop Mukah ke luar.   Di samping itu, petugas juga memberikan tips mempromosikan halaman Facebook beliau dengan menggunakan teknik boosting page untuk mendapatkan pengikut lebih ramai.

Pihak Pi dan pasukan Kluster Mukah telah berjumpa dengan Harish untuk membuat video tentang kisah kejayaannya dan perkongsian beliau membuka perniagaan gunting rambut termasuk kebolehan lain seperti menjadi pengacara, menyanyi di samping bakat berlakon.  Melalui kerjasama projek video ini, Facebook milik perniagaan Ajakcut Barbershop semakin ramai pengikut dan telah meningkatkan kesedaran jenamanya sendiri.

FACEBOOK PAGE : AJAKCUT BARBERSHOP MUKAHAjak3

Ajak4

Ajak1

Ajak2

Ajak5

SEMASA CERAMAH KEUSAHAWAN PADA HARI BERSAMA KOMUNITI DI PI KG SG RAGEI

KEUSAHAWANAN : LATIP'S COLLECTION

Nama : Encik Abdul Latip Bin Mohti
Umur : 49 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang

Encik Latip menjalankan perniagaan butik yang berkonsepkan pakaian tradisional Melanau sejak puluhan tahun.  Busana pakaian Melanau yang dihasilkan beliau sudah terkenal di pelosok Sarawak.  Pada tahun 2019 ini, buat julung kalinya Encik Latip mencuba sesuatu rekaan yang baharu untuk diketengahkan iaitu baju batik.  Uniknya rekaan batik yang dihasilkan bersama rakan-rakan usahawan lain di Mukah ini bukanlah seperti batik canting yang biasa tetapi dihasilkan menggunakan ekstrak sagu yang dikenali sebagai Linut atau Ambuyat.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Aktiviti pembuatan Batik Linut sebelum ini agak kurang dari segi promosi dan hebahan kepada dunia luar.  Masyarakat setempat dan pelancong pun masih kurang jelas mengenai produk tekstil baharu ini.  Oleh kerana itu, maklumat dari segi kos pembuatan, kos operasi, dan harga jualan batik ini masih terhad.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Selepas Encik Latip menghebahkan penglibatannya dalam aktiviti penghasilan batik Linut ini, sedikit demi sedikit masyarakat tempatan dan juga pelancong mengetahui selok belok pembuatannya.  Hasil promosi dan hebahan melalui media massa seperti suratkhabar, liputan stesen televisyen dan media sosial, masyarakat secara tidak langsung mengetahui proses pembuatan dan operasi menghasilkan batik ini.  Ini sekaligus dapat memberikan gambaran kepada pelanggan akan harga batik linut ini apabila ianya ditawarkan di pasaran kelak.  Kini, Encik Latip telah menjual batik linut ini di premis butiknya iaitu di Latip’s Collections dengan harga yang berpatutan.  Hasilnya, pendapatan Encik Latip ketika ini telah bertambah kira-kira 30 peratus setiap bulan.

Pihak Pi melalui halaman laman sosial, Facebook kluster Pusat Internet yang dinamakan Menarik di Mukah dan Dalat telah sedaya upaya membantu Encik Latip mempromosikan Batik Linut ini ke mata dunia. Melalui halaman ini, masyarakat luar telah didedahkan dengan teknologi penghasilan batik yang baharu dan lebih membanggakan, batik ini ialah produk tempatan dan diusahakan juga oleh anak tempatan. 

Pihak Pi dan pasukan Kluster Mukah telah berjumpa dengan Encik Latip bagi membincangkan kaedah terbaik untuk terus mempromosikan batik linut di premis butik beliau. Beliau telah bersetuju dengan beberapa perkara mengenai urusan promosi dan fokusnya ialah dalam media sosial. Para petugas secara sukarela tanpa ada caj tertentu memberikan bantuan dari segi mempromosikan batik linut ini dalam laman sosial Facebook Menarik di Mukah dan Dalat yang kini sudah mencapai jumlah pengikut seramai kira-kira 14,000 orang.

 

BENGKEL KEUSAHAWANAN BATIK LINUT

EnAbdulLatip 003   EnAbdulLatip 002  EnAbdulLatip 001  EnAbdulLatip 004 

 

GAMBAR FACEBOOK DAN PENGHASILAN JUALAN BATIK LINUT

EnAbdulLatip 000

Batik linut 3

EnAbdulLatip 005   EnAbdulLatip 006  EnAbdulLatip 007

EnAbdulLatip 008

 

KEUSAHAWANAN : LADIES BEAUTY SPA (LBS)

Nama : Puan Aidah Binti Libang
Umur : 40 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang

Puan Aidah merupakan usahawan yang sentiasa membuat inovasi terhadap perniagaannya.  Bukan sahaja kreatif mempelbagaikan perkhidmatan di spa milik beliau tetapi beliau juga sentiasa terbuka untuk menambahkan kemahiran dalam bidang kecantikan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kekurangan pengetahuan dalam bidang ICT menyebabkan Puan Aidah kurang yakin apabila berhadapan dengan pelanggan dan orang di sekeliling.  Puan Aidah juga pernah menolak beberapa tawaran untuk mengadakan demo dan perkongsian di luar Mukah kerana tidak mahir dalam bidang ICT.

Sebelum ini, produk-produk yang dihasilkan beliau melalui bengkel-bengkel kecantikkan yang dihadiri dipromosikan dalam kumpulan WhatsApps sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kesediaan Puan Aidah untuk mempelajari ICT di Pi kampung Sungai Ragei telah membuka mata beliau bahawa faktor umur bukan penghalang untuk beliau menempa kejayaan. Beliau mendapatkan bimbingan mengenai membangunkan Slaid Persembahan di Pi secara berkala. Selepas beberapa bulan memperkemaskan kemahiran beliau, beliau akhirnya berjaya menguasai kemahiran ICT. Kini beliau tidak kekok untuk bertemu dengan pelanggan atau agensi-agensii yang menjemput beliau mengadakan ceramah.

 

Puan Aidah belajar membuka akaun Facebook dan meletakkan dirinya dalam kategori business features. Sekarang, beliau turut mencuba belajar menggunakan Adobe Photoshope untuk mengedit gambar pula dan belajar serba sedikit untuk mencantikkan gambar.

 

Latihan secara teknikal dan hands-on bersama petugas petugas Pi. Beliau berpeluang bertanya terus kepada petugas sekiranya ada yang tidak difahami berbanding sewaktu menghadiri kelas ICT di luar (berbayar) yang agak terhad kerana bilangan pelajar yang agak ramai.

 

FACEBOOK PAGE : LADIES BEAUTY SPA (LBS)Richelle

Richelle-2

Richelle-3

R1

R2

R4

BELAJAR MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER) DAN ADOBE PHOTOSHOP CS6

Nama : Maria Anak Agat
Umur : 33 tahun
Ahli : 2018

 

Latar belakang

Puan Maria Agat merupakan seorang suri rumah.  Beliau berdaftar sebagai ahli di Pi Sg Ragei dan berhasrat untuk mendapatkan sijil ICT untuk memohon pekerjaan yang setaraf dengan kelayakannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Maria tidak mahir menggunakan komputer  mahupun Internet.  Selain tidak mahir, beliau juga segan untuk belajar bersama peserta lain di pusat latihan ICT berbayar di luar.  Namun, dengan adanya kemudahan Pi, beliau amat bersyukur dan dapat meneruskan langkah untuk belajar ICT memandangkan beliau berhasrat untuk mendapatkan sijil kelulusan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Antara modul yang telah tamat dipelajari ialah Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point, Microsoft Publisher.  Selain itu, atas inisiatif petugas, turut diajarkan kepada beliau ialah kemahiran tambahan seperti penggunaan asas peranti Adobe Photoshop.  Beliau kini lebih yakin dan bersemangat untuk meneruskan cita-citanya kerana telah berjaya selangkah ke hadapan dalam mempertingkatkan kemahiran diri. 

Beliau telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas Microsoft Word, Power Point, Excel, dan Publisher pada 1 April-1 Mei 2019. Bagi Puan Maria, pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan oleh petugas-petugas di Pusat Internet Sungai Ragei amat baik dan berkesan kerana bersesuaian dengan keperluan semasa.  Bukan sahaja menekankan aspek teori malahan tumpuan turut diberikan kepada praktikal atau ‘hands-on’ dan ini meudahkan beliau lebih memahami dengan lebih cepat modul yang diajar.

Selain menghadiri sesi kelas yang formal, beliau juga mendapat bimbingan tambahan di luar masa kelas kerana mempunyai laptop.  Selain mahir menggunakan PC/Komputer yang sedia ada di Pi, beliau juga turut menambahkan kemahiran menggunakan laptop.  Bimbingan untuk menguasai kemahiran menggunakan laptop juga diberi secara percuma dan ini telah memudahkan beliau belajar ICT.

maria1

maria3

maria2

maria4