KEUSAHAWANAN : AGEN TELCO ONEXOX

Nama : Encik Aswari Bin Ahmad
Umur : 39 tahun
Ahli : 2014


Latar belakang

Encik Aswari merupakan tenaga pengajar di Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Kampus Mukah.  Beliau berdaftar sebagai ahli Pusat Internet pada tahun 2014.  Selain mengajar, beliau juga membuka bengkel membaiki barangan elektrik khasnya mesin basuh dan mengambil upah sebagai wireman.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau hanya fokus kepada pemasaran dalam kalangan staff dan para pelajar PPKS Mukah serta komuniti setempat sahaja.  Sebagai agen OneXOX, beliau perlu bergerak untuk mempromosikan pakej-pakej baharu.  Namun demikian, disebabkan tugas dan kekangan masa, beliau adakalanya melantik para pelajarnya sendiri untuk membantu sebagai sub agen.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada tahun 2017, beliau memperhebatkan promosi pkaej-pakej data Internet OneXOX dengan menggunakan platform media sosial iaitu Facebook.  Dalam masa 3 tahun kebelakangan ini, beliau telah berjaya mendapat pulangan yang lumayan apabila pendapatan beliau semakin bertambah 50 peratus kerana sydah ramai pelanggan yang mengetahui produk dan perkhidmatan beliau.

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial seperti Dashboard Komuniti (MyKomuniti dan Myshop) & Bengkel Pemantapan ICT dan bengkel-bengkel kemahiran perniagaan secara atas talian.

Pihak Pi menjemput beliau sebagai peserta bengkel-bengkel keusahawanan online, peserta aktiviti-aktiviti dan program Pusat Internet untuk mengetahui perkembangan terkini trend dalam perniagaan online.

FACEBOOK PAGE : Encik Aswari bin Ahmadfb Aswari01

fb aswari02

fb aswari03

XOX01

XOX02

XOX03

KEUSAHAWANAN : AGEN PRODUK KECANTIKKAN JENAMA CHARMS

Nama : Cik Myra Alya Binti Ating
Umur : 32 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Puan Myra bermula dengan agen produk kecantikan jenama Charms.  Beliau menjadi agen secara kecil-kecilan dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum penggunaan ICT melalui media sosial, beliau menggunakan cara konvensional seperti pengedaran template dan brosur untuk menarik pelanggan.  Selain itu, beliau juga kerap menghadiri kursus anjuran syarikat produk kecantikan Charms di tempat-tempat terpilih.  Pada masa tersebut, jualan produk Charms yang beliau jalankan sejak 5 tahun lepas sederhana dan jumlah pendapatannya pun agak perlahan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah berkecimpung lama dalam perniagaan dropship produk Charms, beliau memilih untuk menggunakan platform media sosial sejak tahun 2018.  Sambil itu, beliau turut menghubungi pihak Pusat Internet untuk mendapatkan bimbingan mengenai cara-cara mempromosikan produknya.  Akhirnya, perniagaan dropship yang diusahakan melalui Facebook dan WhatsAps mendapat sambutan.  Ini sekaligus telah menambahkan pendapatan beliau sekitar 50 peratus sejak 2019.

 

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial seperti

  1. Facebook
  2. Messenger
  3. Whatssap
  4. Instagram
  5. Youtube
  6. Membuka akaun emel

 

Pihak Pi menawarkan kelas bimbingan secara percuma sekiranya beliau datang ke Pi untuk belajar ICT. Selain itu, beliau juga mendapat tips-tips percuma melalui channel Youtube dan softcopy modul keusahawanan yang disedakan oleh Pi.

 

FACEBOOK PAGE : Pn Myra AlyaPN-MYRA

Cik-Myra-promo

Insta-cik-myra

CHARMS01

CHARMS02

CHARMS03

CHARMS04

 

BELAJAR MICROSOFT OFFICE 2010 (WORD, EXCEL, POWERPOINT & PUBLISHER), BENGKEL UPU ONLINE DAN e-CAREER

Nama : Cherry Lam Kit Lee
Umur : 18 tahun
Ahli : 2014

Latar belakang

Cik Cherry merupakan ahli Pusat Internet yang aktif menggunakan kemudahan disediakan terutama untuk tujuan akademik.  Beliau selalu datang ke Pusat Internet untuk fotokopi, mengimbas sijil-sijil, membuat kerja rumah dan mencari maklumat untuk subjek matapelajaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebagai pelajar sebuah sekolah menengah di Mukah, beliau sibuk dengan aktiviti-aktiviti di sekolah dan jarang-jarang dapat belajar ICT di Pusat Internet secara khusus. Setelah tamat Tingkatan 5 pada tahun lepas, beliau terus mengikuti kelas-kelas ICT yang diadakan di Pusat Internet termasuk program UPU Online dan e-Career.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Beliau semakin yakin dengan keupayaannya dalam ICT apabila kerap menghadiri kelas ICT.  Kini beliau tiada masalah untuk menggunakan Microsoft Word untuk menaip resume dan surat permohonan sendiri. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Pusat Internet kerana telah banyak membantu sehingga beliau mendapat keputusan yang membanggakan dalam SPM 2019. 

Petugas telah menyediakan jadual yang tersusun dan mengikut keperluan Cik Cherry. Petugas mengutamakan modul-modul pembelajaran yang belum dikuasai dan telah menyediakan latihan secukupnya seperti latihan pengukuhan dan ujian ringkas mengenai satu-satu modul bagi menilai kefahaman peserta. Selain itu, Pusat internet memberikan perkhidmatan bimbingan percuma selepas tamat pembelajaran.  Beliau boleh datang ke Pusat Internet pada bila-bila masa sekiranya ada pertanyaan mengenai pembelajaran sebelum ini yang masih kurang jelas.

cherry1

cherry2

cherry3

Bengkel UPU Online dan e-Career pada 11 & 13 Mac 2020 telah diadakan di Pusat Internet Sungai Ragei.  Bengkel ini bertujuan untuk membantu lepasan SPM mengisi UPU dan bimbingan karier.  Bengkel ini telah dikendalikan oleh Puan Agatha Wisterina, Penolong Pengurus Pusat Internet.

KEUSAHAWANAN : MANDAH ENTERPRISE

Nama : Encik Osman 
Umur : 40 tahun
Ahli : 2019


Latar belakang

Memulakan perniagaan di rumahnya di Kampung Kuala Lama, Encik Osman hanya mengambil tempahan katering secara kecil-kecilan.  Dengan bantuan ahli keluarga sendiri, lama-kelamaan beliau mendapat sedikit modal untuk meluaskan perniagaan termasuk mencuba membuka kedai runcit.  Akhirnya, beliau berjaya membuka sebuah syarikat enterprise yang diberi nama Syarikat Mandah Enterprise.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Dengan tertubuhnya Syarikat Mandah Enterprise ini, beliau mempunyai lesen untuk mencuba dalam bidang sub-kontrak pula seperti dalam bekalan bahan binaan, dan kontrak kedai runcit di Universiti Teknologi MARA (UITM) Mukah.  Oleh itu, banyak urusan dokumentasi seperti membuat surat-surat rasmi, menyediakan borang-borang kontrak dan bahan-bahan promosi dilakukan oleh pelajar-pelajar UiTM, rakan-rakan yang diupah.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Seterusnya, beliau telah mengikuti sebuah bengkel keusahawanan di Pejabat MARA Daerah Mukah yang merupakan rakan strategik Pusat Internet.  Hasil bengkel tersebut, beliau dicadangkan untuk mendapatkan latihan ICT di Pusat Internet Sungai Ragei.  Beliau mendaftarkan diri menjadi ahli pada 2019 dan mengikuti kelas-kelas bimbingan ICT untuk menambahkan kemahirannya dalam bidang keusahawanan secara atas talian dan Microsoft Office.  Kini, beliau semakin mahir dalam ICT dan telah berjaya mengurangkan kos mengupah orang lain dalam urusan dokumentasi dan promosi sehingga 50 peratus.

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi Microsoft Office seperti :

  • Microsoft Word – Urusan surat menyurat dan membuat borang subkontrak;
  • Microsoft Excel – Merekodkan akaun dan aliran tunai syarikat;
  • Microsoft Power Point – Pembentangan kontrak bekalan bahan binaan;
  • Microsoft Publisher – Membuat poster, risalah, flyers perniagaan;
  • Membuat akaun media sosial Facebook;
  • Membuka akaun emel

 

Pihak Pusat Internet turut mempromosikan produk mereka  dalam platform promosi yang ada seperti Facebook dan Myshop. Pihak Pusat Internet juga telah bersetuju untuk menjadi agen pengurusan akaun Syarikat Mandah Enterprise mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan.  Dengan bantuan ini, beban pengurusan kewangan dan akaun mereka akan lebih teratur dan kemas.

 

FACEBOOK PAGE : En Osmanmandah 04

mandah 05

mandah 06

mandah 02

mandah 03

mandah 01

Kelas Microsoft Excel dalam Keusahawanan di Pusat Internet Kampung Sungai Ragei, Mukah. 

KEUSAHAWANAN : HOMEMADE CAKE PUAN BETTY WONG

Nama : Puan Betty Wong Sung Sung
Umur : 40 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Puan Betty menjalankan perniagaan Bakery & Cake House dari rumah.  Produk kek yang popular ialah kek harijadi.  Selain itu, beliau juga ada mengusahakan biskut pelbagai perisa. Beliau menerima tempahan daripada rakan-rakan dan saudara mara.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum menggunakan platform media sosial Facebook untuk mempromosikan perusahaan kek harijadi, kek cawan dan biskut, pendapatannya adalah sekitar RM1000-RM2000 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

3 tahun lalu, beliau membuka akaun Facebook peribadi dan turut mempromosikan perniagaannya di situ.  Beliau mendapati lebih ramai pelanggan menempah kek harijadinya kerana rasanya yang menepati citarasa pelanggan.  Malahan, tempahan daripada luar daerah juga bertambah sekali ganda.  Kini beliau mampu meraih pendapatan sekitar RM1500-RM2500 sebulan (bergantung dengan permintaan pelanggan).

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi Microsoft Office seperti Microsoft Word, Kursus MyHalal Secara Atas Talian – Kerjasama dengan JAIS Mukah, membuat akaun media sosial Facebook & membuka akaun emel. Selain itu, Pusat Internet juga turut membantu mempromosikan produk perusahaannya di Facebook Pusat Internet dan Myshop.

Pihak Pusat Internet Sungai Ragei menjemput Puan Wong untuk menyertai pelbagai bengkel keusahawanan seperti Online Marketing, Business on Social Media dan Bengkel Myhalal Online kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Mukah dan Jabatan Pertanian Bahagian Mukah.

FACEBOOK PAGE : Puan Betty Wongfb betty 01

fb betty 02

kek 01

kek 02

kek pudding 01

Betty 01

Bengkel Business on Social Media dan Bengkel Myhalal Online kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bahagian Mukah dan Jabatan Pertanian Bahagian Mukah.