CELIK IT : PUAN STELLA ANAK DAVID

Nama : Puan Stella Anak David
Umur : 25 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Puan Stella merupakan seorang surirumah.  Beliau berhasrat untuk bekerja di mana-mana agensi atau syarikat yang boleh menawarkan jawatan seperti kerani dan pembantu operasi.  Beliau ada kemahiran asas komputer, namun memilih untuk terus belajar ICT di Pusat Internet Komuniti (PIK) bagi menambahkan kemahiran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Memandangkan beliau ada memiliki komputer riba, beliau boleh menguasai asas-asas ‘word processing’ dengan mudah.  Namun demikian, kemahiran secara formal lain seperti menulis surat rasmi, membuat resume, membuat slid pembentangan dan rekabentuk grafik masih lemah dan memerlukan bimbingan yang lebih lanjut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti Bengkel Selangkah ke Alam Pekerjaan yang dianjurkan oleh pihak PIK, Puan Stella semakin mahir dan mampu menguasai dengan baik Microsoft Office.  Kemahiran menggunakan perisian ini sudah tentu akan memberi keyakinan dan kelebihan kepadanya apabila mula mencari pekerjaan dalam bidang-bidang tersebut kelak.

Beliau boleh mendapatkan bimbingan secara maya melalui video konferensi yang menggunakan ‘google meeting room’ dan aplikasi Zoom.Petugas mengutamakan topik-topik yang berkait secara langsung dengan keperluan di tempat kerja.  Contohnya, penguasaan dalam kemahiran menggunakan Microsoft Office.Menyediakan latihan secukupnya seperti latihan pengukuhan dan ujian ringkas mengenai satu-satu modul bagi menilai kefahaman peserta.Memberikan perkhidmatan bimbingan percuma selepas tamat pembelajaran. Beliau boleh datang ke PIK pada bila-bila masa sekiranya ada pertanyaan mengenai pembelajaran sebelum ini yang masih kurang jelas.

   search01  word02

     excel02  excel03  

Dalam bengkel ini, Puan Stella mengikuti kelas Microsoft Word, Excel, Power Point dan Publisher. Kelas ini dibimbing oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet sambil dibantu oleh Puan Agatha, Penolong Pengurus Pusat Internet. Peserta, Puan Stella David sedang menyiapkan tugasan modul Microsoft Office iaitu Word, Excel, Power Point & Publisher.

stella

Puan Stella menerima sijil penyertaan kursus Microsoft Office 2010 (Word, Excel, PowerPoint & Publisher) yang diberi oleh Puan Agatha Wisterina Stephen selaku Penolong Pengurus PIK.

CELIK IT : ADIK VENNESSA GELANG ANAK IJAU

Nama : Adik Vennessa Gelang Anak Ijau
Umur : 10 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Adik Vennessa berumur 10 tahun dalam Darjah 4 di Sekolah Rendah St Patrick, Mukah.  Beliau merupakan seorang pelajar yang aktif dan pintar di sekolahnya.  Di rumah, beliau juga suka menolong ibu bapanya.  Apabila ada masa terluang, beliau bersama kakaknya Linda selalu datang ke Pusat Internet untuk melayari Internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Oleh kerana bilik sewa keluarga adik Vennessa berdekatan dengan Pusat Internet, petugas menggalakkan beliau dan kakaknya untuk belajar ICT.  Tambahan pula, ketika Peraturan Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih berjalan, kedua-duanya belum masuk sekolah dan ada masa yang lebih untuk belajar ICT di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sesuai dengan peringkat umur adik Vennessa, petugas telah memberikan latihan ICT bagi meningkatkan kemahiran di luar bilik darjahnya.  Beliau sangat teruja dan seronok dapat menggunakan kemudahan komputer dan Internet di sini.  Kadang-kadang, beliau turut mengajak kawan-kawannya yang berdekatan Pusat Internet untuk belajar bersama.  Pada awal Julai 2020, adik Vennessa berjaya menghabiskan modul latihan asas ICT.

Petugas telah menyediakan jadual yang tersusun mengikut keperluan dan kesesuaian peserta. Selain itu, petugas mengajar asas-asas penggunaan komputer dan perisian komputer serta menyediakan latihan pengukuhan subtopik untuk meningkatkan pemahaman peserta. Pihak Pusat Internet juga memberikan perkhidmatan bimbingan percuma selepas tamat pembelajaran.  Beliau boleh datang ke Pusat Internet pada bila-bila masa sekiranya ada pertanyaan mengenai pembelajaran sebelum ini yang masih kurang jelas.

VENN 01 

VENN 02   VENN 04

VENN 05    VENN 07

VENN 08     VENN 03

Dalam bengkel ini, Adik Vennessa mengikuti kelas Microsoft Word, Excel, Power Point dan Publisher. Kelas ini dibimbing oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet sambil dibantu oleh Puan Agatha, Penolong Pengurus Pusat Internet.

KEUSAHAWANAN : AGEN PRODUK DROPSHIP PUAN DAYANG NURUL JANNAH

Nama : Puan Dayang Nurul Jannah Binti Awang Besiri
Umur : 31 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Puan Dayang aktif dan terkenal di Mukah sebagai seorang dropshipper dan agen produk-produk laris.  Beliau menjual pelbagai produk yang mempunyai potensi untuk mengaut keuntungan.  Contoh produk yang ada dijual beliau ialah Pes Laksa Sarawak Haji Manan, wangi Sugar Bomb, Min Café dan lain-lain.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sudah aktif menjual produk di laman sosial Facebook miliknya.  Namun begitu, pendapatan tidak menentu kerana persaingan dan kurang saluran mencari prospek atau pelanggan-pelanggan baharu.  Sebelum ini pendapatan bulanan dianggarkan sekitar RM100-RM500 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada bulan Ogos yang lepas, Puan Dayang mencuba untuk meluaskan saluran promosi di platform atas talian iaitu Shopee.  Beliau menghadiri bengkel Shopee yang diadakan di Pusat Internet Sungai Ragei dan seterusnya membuka akaun.  Kini, pelanggan-pelanggan lebih banyak dan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan sekitar RM500-RM1000 sebulan.

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial & pemasaran secara atas talian seperti

  1. Facebook
  2. Messenger
  3. Whatssap
  4. Instagram
  5. Shopee
  6. Lazada

Pihak Pi menawarkan kelas bimbingan secara percuma sekiranya beliau datang ke Pi untuk belajar ICT. Selain itu, beliau juga mendapat tips-tips percuma melalui channel Youtube dan softcopy modul keusahawanan yang disedakan oleh Pi.

FACEBOOK PERSONAL : https://www.facebook.com/nurul.jannah.146069

Untitled

117732152 2672392646333055 6809872910166867355 n

117271789 2672392616333058 3103604205583866835 n

117771014 2672392586333061 8394161933800917331 n

 

GAMBAR TERSEBUT SEMASA PUAN DAYANG INGIN MENYERTAI PERTANDINGAN USAHAWAN ONLINE 2020 DAN DITEMANI OLEH SUAMINYA.

 

 

97002080 3052022474875365 7011507602181849088 n

Untitled-1

 

119115871 3398116410265968 2977381180029789575 o

PES LAKSA SARAWAK,PRODUK KECANTIKKAN TEMULAWAK & PEWANGI SUGARBOMB YANG DIPASARKAN OLEH BELIAU SEBAGAI AGEN DROPSHIP.

 

KEUSAHAWANAN : SISTER BEAUTY SALOON (SBS)

Nama : Puan Noor Yana Binti Abdul Rahman
Umur : 32 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Puan Yana telah menubuhkan Sister Beauty Saloon (SBS) sejak 12 tahun yang lepas.  Sebelum ini, nama perniagaan SBS dikenali sebagai Mukah Mobile Saloon.  Ini kerana Puan Yana bertemu pelanggan secara bergerak ataupun tiada premis perniagaan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pada tahun 2015, Puan Yana pernah mengadakan kelas solekan di Pusat Internet Sungai Ragei dan juga beberapa agensi yang lain.  Mempunyai kepakaran dalam bidang solekan atau make-up, membuatkan permintaan terhadap produk perusahaan dan perkhidmatannya semakin bertambah.  Pada masa tersebut beliau mampu meraih pendapatan sekitar RM1000-RM1500 sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sejak menubuhkan premis perniagaan sendiri dan penjenamaan semula kepada Sister Beauty Saloon pada 2018, perkhidmatan dan perusahaan Puan Yana semakin bertambah.  Kemahiran solekan dan perkhidmatan kecantikkan wanita yang dimiliki beliau dan pekerjanya membuatkan SBS semakin dikenali.  Pada masa ini, Puan Yana juga aktif membuat FB Live dan menggunakan media sosial lain untuk mempromosikan butik kecantikkannya.  Kini pendapatan Puan Yana tidak kurang daripada RM3000-RM4000 sebulan.

Pihak Pusat Internet membantu meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan applikasi media sosial & pemasaran secara atas talian seperti

  1. Facebook
  2. Messenger
  3. Whatssap
  4. Instagram
  5. Youtube

Pusat Internet juga mengadakan bengkel dan mendaftar akaun Shopee. Pihak Pi menawarkan kelas bimbingan secara percuma sekiranya beliau datang ke Pi untuk belajar ICT.  Selain itu, beliau juga mendapat tips-tips percuma melalui channel Youtube dan softcopy modul keusahawanan yang disedakan oleh Pi. Menggalakkan Puan Yana sentiasa mengemaskini perkembangan jualan produk-produknya dalam platform Shopee.

FACEBOOK PAGE : https://www.facebook.com/mukahhomebasesaloon/

FB SBS

SBS 05

SBS-011

SBS-012

SBS 02

GAMBAR TERSEBUT SEMASA PUAN YANA TELAH MENGIKUTI BENGKEL KEUSAHAWANAN YANG DIANJURKAN OLEH PUSAT INTERNET KOMUNITI KAMPUNG SUNGAI RAGEI.

SBS 03

SBS 04

 

PERALATAN KECANTIKKAN YANG DIGUNAKAN DI SISTER BEAUTY SALOON (SBS) OLEH PUAN YANA DAN PEKERJANYA.

 

SBS 06

HASIL KERJA TANGAN PEKERJA SBS DAN PUAN YANA.

CELIK IT : CIK ENGAN ANAK DUNSTAN

Nama : Cik Engan Anak Dunstan
Umur : 18 tahun
Ahli : 2020


Latar belakang

Cik Engan merupakan lepasan sekolah di SMK Mukah pada tahun 2019.  Sementara menunggu keputusan  SPM dikeluarkan, beliau ingin meningkatkan kemahiran ICT.  Oleh itu, beliau dan keluarganya telah datang ke Pusat Internet pada bulan Februari 2020 untuk mendaftar sebagai ahli dan mendaftar untuk menghadiri kelas ICT.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Cik Engan memiliki kemahiran yang baik dalam penggunaan komputer.  Namun demikian, beliau belum menguasai sepenuhnya seperti dalam aspek penggunaan Microsoft Office dan emel.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Setelah mengikuti bengkel ICT yang dinamakan Bengkel Selangkah Ke Alam Pekerjaan, kemahiran beliau menggunakan Microsoft Office seperti Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power point dan Microsoft Publisher semakin baik.  Begitu juga dengan penggunaan emel di mana dengan membuat pendaftaran emel peribadi, ianya telah memudahkan beliau untuk berurusan dalam permohonan pekerjaan.  Selain itu, beliau juga turut dibimbing dalam kemahiran menggunakan Adobe Photoshop, iaitu sebuah perisian komputer untuk membuat suntingan imej.

Pihak petugas telah menyediakan jadual yang tersusun dan mengikut keperluan Cik Engan. Petugas mengutamakan topik-topik yang berkait secara langsung dengan keperluan di tempat kerja. Contohnya, penguasaan dalam kemahiran menggunakan Microsoft Office. Selain itu, petugas juga menyediakan latihan secukupnya seperti latihan pengukuhan dan ujian ringkas mengenai satu-satu modul bagi menilai kefahaman peserta dan memberikan perkhidmatan bimbingan percuma selepas tamat pembelajaran. Beliau boleh datang ke Pusat Internet pada bila-bila masa sekiranya ada pertanyaan mengenai pembelajaran sebelum ini yang masih kurang jelas.

Engan-5 

Engan-1   Engan-2

Engan-3  Engan-4

Cik Engan ketika mendaftar menjadi ahli dan mengikuti Bengkel Selangkah ke Alam Pekerjaan.  Dalam bengkel ini, Cik Engan mengikuti kelas Microsoft Word, Excel, Power Point dan Publisher. Kelas ini dibimbing oleh Encik Marcos Jalak, Pengurus Pusat Internet sambil dibantu oleh Puan Agatha, Penolong Pengurus Pusat Internet.