KEUSAHAWANAN : MANIH BAKERY

Nama : Puan Norashikin Binti Ismail
Umur : 31 tahun
Ahli : 2019


Latar belakang

Perniagaan kek, roti dan biskut milik Puan Nurasikin dan keluarganya.  Perniagaan diusahakan di rumah sendiri dan premis terletak di hadapan rumah beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Sebelum ini, perniagaan ini adalah kecil-kecilan.  Puan Nurasikin belajar membuat kek daripada kawan-kawan dan saudara mara.  Setelah beliau mahir, Puan NUrasikin mengembangkan perniagaannya dan membina premis tetap.Dari segi promosi pula, Puan Nurasikin kurang menggunakan media sosial kerana fokus dengan produk.  Tugas membuat promosi diserahkan kepada adik perempuan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Nurasikin dengan bantuan Pusat Internet (Pi) membuka akaun Facebook yang diberi nama Manih Bakery dan Instagram Manih Bakery.Selepas membuka akaun Facebook dan Instagram, kek ulangtahun dan produk roti Puan Nurasikin dan keluarga semakin banyak pelanggan.  Komuniti luar turut menempah kek dan roti buatan tangan Puan Nurasikin seperti pelanggan dari Selangau, Dalat dan Igan.

Pihak Pi membantu dari segi membuat brosur dan flyers Manih Bakeri dengan kadar caj yang berpatutan.  Brosur dan flyers tersebut turut diletakkan di Pi untuk membantu beliau mempromosikan Manih Bakery.Pihak Pi datang ke premis Manih Bakery untuk memberikan tunjuk ajar untuk menguruskan pemasaransecara dalam talian.  Media sosial seperti Facebook dan Instagram Manih Bakery dimonitor juga pihak Pi untuk mencari prospek pelanggan baharu selain mendapatkan komen dan cadangan pelanggan.Kek ‘bestseller’ Puan Nurasikin turut dimuatnaik dalam applikasi Dashboard Komuniti Pi bagi meningkatkan lagi capaian pelanggan di luar Mukah. 

 

Manih-2 Manih-5

Rekabentuk brosur dan kad perniagaan Manih Bakery untuk diedarkan kepada pelanggan hasil tunjuk ajar pihak Pi dan usaha keluarga Puan Nurasikin.  Dengan adanya kad perniagaan ini sedikit sebanyak telah membantu mempromosikan Manih Bakery. Peta petunjuk arah turut dimuatkan dalam kad perniagaan Manih Bakery. 

 

HASIL SENARAI KEK DAN ROTI YANG DIBUAT OLEH MANIH BAKERY

Manih-3 Manih-4 Manih-6

Manih-1 Manih-7 

 

AKAUN FACEBOOK PAGE MANIH BAKERY

Manih-8

KEDAI MANIH BAKERY

 MANIH02 MANIH01

MANIH04  MANIH03 


 

KEUSAHAWANAN : PENGUSAHA PERAHU TAMBANG (RIVERCRUISE)

Nama : Encik Mohammad Shahizlan bin Morshidi
Umur : 32 tahun
Ahli : 2019


Latar belakang

Lebih mesra dikenali sebagai Aziz, beliau telah memulakan perusahaan bot tambang di jeti Pasar Lama Mukah sejak beliau tamat alam persekolahan kira-kira 15 tahun lalu. Mewarisi perusahaan ayahnya, Aziz atau Mohammad Shahizlan bin Morshidi mengenakan bayaran 0.50 sen untuk setiap perjalanan sehala ke seberang sungai Mukah. Perusahaan bot tambang ini telah banyak memudahkan penduduk kampung yang tinggal di kampung-kampung seberang seperti Kampung Litong untuk pergi ke pasar. Beliau menaik taraf perkhidmatannya dari segi fizikal bot dan sering mempromosikan perahu tambangnya bagi membantu menarik tumpuan pengunjung ke Mukah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Encik Aziz tidak mahir menggunakan telefon pintar dan lebih gemar untuk menggunakan telefon bimbit biasa kerana tidak perlu melanggan data.  Bak kata lain, penggunaan telefon pintar agak menyusahkan bagi beliau.  Perkhidmatan perahu tambangnya juga hanya dikenali oleh komuniti tempatan dan jarang-jarang membawa penumpang yang jauh lokasinya. Selain sukar berhubung dengan beliau kerana tidak mempunyai WhatsAps dan laman social seperti Facebook dan Tweeter, beliau juga sukar untuk meningkatkan pendapatan kerana selalu terlepas pelancong asing yang mahu merasai pengalaman menyusuri sungai Mukah.  Pendapatannya kadang-kadang juga tidak menentu, bergantung kepada pelanggan dan keadaan cuaca.  Dianggarkan pendapatannya sebulan adalah kira-kira RM500 sebulan atau kurang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

 

Setelah menjadi ahli Pusat Internet Kampung Sungai Ragei pada Februari 2019, Encik Aziz semakin faham dan sedar akan kepentingan telefon pintar terutama dalam menjalankan perniagaan kecil-kecilannya ketika ini. Pihak Pusat Internet elah membantunya untuk membuka akaun Facebooknya tidak lama lagi dan sekarang beliau memulakan langkah untuk mengembangkan perkhidmatannya melalui promosi yang dibantu Pusat Internet. Baru-baru ini, Pusat Internet kampong Sungai Ragei telah menjemput beliau untuk bekerjasama dalam menjayakan satu projek video untuk halaman Facebook yang dinamakan Menarik di Mukah dan Dalat. Dalam video pendek ini, penglibatan beliau akan dipromosikan melalui perkhidmatan perahu tambangnya untuk aktiviti ‘rivercruise’ melaui judul video Old Town Travel. Selepas bantuan daripada pihak Pusat Internet, pendapatan beliau telah melonjak daripada RM500 sebulan hingga RM1000 sebulan.

Pusat Internet telah membantu beliau untuk membuka akaun laman social dan juga membuka akaun email untuk memudahkan promosi perahu tambangnya. Bantuan ini adalah secara percuma dengan beliau hanya perlu menjadi ahli Pusat Internet sahaja dengan bayaran RM5. Seterusnya pihak Pusat Internet akan membantunya untuk memuatnaik aktiviti perahu tambangnya agar lebih dikenali oleh pengunjung luar. Latihan secara percuma mengenai pembukaan akaun seperti email, laman social Facebook, Instagram dan Youtube. Pihak Pusat Internet juga telah menawarkan beliau terlibat dalam pembikinan video promosi Mukah.

 

Aziz

Ott

Encik Aziz terlibat dalam projek video Menarik di Mukah dan Dalat menerusi video promosi Old Town Travel yang turut menawarkan pakej perkhidmatan perahu tamabang ‘rivercruise’ menyusuri sungai batang Mukah. Perahu tambang rivercruise dipromosikan dalam video Youtube Menarik di Mukah dan Dalat di bawah kendalian Pusat Internet Kluster Mukah.

bot

Perahu tambang berwarna biru merupakan antara perahu yang diusahakan bapa Encik Aziz dan ayahnya.  Setiap hari, perahu tambang ini mampu membawa 60-100 penumpang sehari dengan pendapatan kira-kira RM100 sehari.

Pasar-Lama---Copy

Gambar pandangan atas Pasar Lama Mukah tempat Encik Aziz mencari rezeki bersama perahu tambangnya yang telah beroperasi kira-kira sejak 15 tahun yang lalu.


USAHAWAN KECIL-KECILAN : BUN & CAKE HOUSE (HOMEMADE)

Nama : Cik Nursahira binti Ismail
Umur : 21 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang

Cik Nursahira mula berjinak-jinak dalam pembuatan kek dan roti pada 4 tahun lepas selepas belajar daripada saudara yang sudah lama berniaga.  Daripada pengalaman beberapa tahun, beliau mencuba sendiri untuk suka-suka, diberi kepada kawan-kawan sehinggalah menerima tempahan daripada pelanggan sehingga sekarang.  Beliau kini fokus kepada pembuatan Roti Bun Kelapa Parut dan Kek Hari Jadi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Cik Nursahira mempromosikan kek dan rotinya melalui pelanggan dan kawan-kawan.  Oleh kerana kekangan masa, beliau tidak berkesempatan untuk promosikan produk secara online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Pendapatan hasil perniagaan roti dan kek yang dibuat Cik Nursahira bertambah 50% selepas beliau mempromosikan melalui applikasi Whatssap, Wechat dan Myshop Dashboard Komuniti. Ramai pelanggan yang menempah pada musim perayaan dan pada waktu cuti sekolah.

Setakat beliau amat berpuas hati dengan platform Myshop kerana ramai kawan-kawannya sudah menjadi pelanggan tetap selepas beliau berkongsikan mengenai produk bun dan kek dalam applikasi tersebut. Selepas ini beliau berhajat untuk membuka akaun Instagram dan Facebook untuk mengembangkan lagi perniagaannya selari dengan kehendak semasa.

Pusat Internet adalah pilihan terbaik kerana bukan sahaja perkhidmatannya murah tetapi berkualiti dan sangat membantu golongan usahawan muda seperti beliau untuk mengembangkan perniagaan kecil-kecilan ini menjadi perniagaan yang lebih besar suatu hari kelak.

Bimbingan kelas ICT, bengkel Online Business menyediakan usahawan baru untuk lebih kreatif dan membolehkan mereka berdikari.
Applikasi Myshop banyak membantu beliau mengenali selok belok mengenai perniagaan atas talian. Selain percuma, applikasi ini mempunyai prospek pelanggan yang luas dan terjamin dari segi keselamatan maklumat serta privasi.

Gambar Produk Jualan

1

Untitled

 

 


BELAJAR INTERNET, MENAIP DAN ADOBE PHOTOSHOP CS6

Nama : Supang Spencer
Umur : 18 tahun
Ahli : 2019


Latar belakang

Berasal dari Limbang dan meerupakan lepasan sekolah di SMK Lawas, Cik Supang yang kini berusia 18 tahun mengikuti ayahnya yang bekerja di Mukah sejak setahun yang lepas.  Ayahnya bekerja di sebuah syarikat industri logistik di Mukah berhampiran dengan Pusat Internet Sungai Ragei.  Beliau menggalakkan anak-anaknya untuk belajar ICT di Pi Sungai Ragei memandangkan keperluan hari ini terhadap kemahiran ICT dan kebetulan rumah mereka tidak jauh dari Pi.  Hasil galakkan ayahnya, Supang mendaftarkan diri sebagai ahli Pi pada 7 Januari 2019 dan memulakan pembelajaran ICT di Pi sehingga hujung bulan Februari.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Cik Supang mempunyai asas dalam ICT hasil ilmu yang ditimba semasa bersekolah di sekolah menengah.  Namun begitu, beliau memasang impian untuk menambahkan lagi kemahiran dirinya terutama dalam bidang ICT untuk dijadikan bekal ketika memasuki pengajian yang lebih tinggi ataupun menghadapi dunia pekerjaan suatu hari nanti.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Kemahiran ICT Cik Supang dapat ditingkatkan setelah 2 bulan mengikuti kelas yang dikendalikan petugas-petugas Pusat Internet. Antara modul yang telah tamat dipelajari ialah Microsoft Word, Microsoft Excel, Microsoft Power Point, Microsoft Publisher. Selain itu, atas inisiatif petugas, turut diajarkan kepada beliau ialah kemahiran tambahan seperti penggunaan asas peranti Adobe Photoshope. Beliau kini lebih yakin dan bersemangat untuk meneruskan cita-citanya kerana telah berjaya selangkah ke hadapan dalam mempertingkatkan kemahiran diri. 

Beliau telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas Microsoft Word, Power Point, Excel, dan Publisher pada 8 Januari-28 Februari 2019.  Selain itu, Cik Supang juga amat berminat untuk mempelajari Adobe Photoshope yang merupakan sesuatu yang baharu bagi beliau.  Kini beliau telah berjaya mempraktikkan semua kemahirannya dan dapat membantu ahli keluarga yang lain untuk belajar tentang kemahiran ICT.

Bagi Cik Supang, pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan oleh petugas-petugas di Pusat Internet Sungai Ragei amat baik dan berkesan kerana bersesuaian dengan keperluan semasa.  Bukan sahaja menekankan aspek teori malahan tumpuan turut diberikan kepada praktikal atau ‘hands-on’ dan ini meudahkan beliau lebih memahami dengan lebih cepat modul yang diajar. Selain menghadiri sesi kelas yang formal, beliau juga mendapat bimbingan tambahan di luar masa kelas kerana mempunyai laptop.  Selain mahir menggunakan PC/Komputer yang sedia ada di Pi, beliau juga turut menambahkan kemahiran menggunakan laptop.  Bimbingan untuk menguasai kemahiran menggunakan laptop juga diberi secara percuma dan ini telah memudahkan beliau belajar ICT.

Beliau telah mendaftarkan diri untuk mengikuti kelas Microsoft Word, Power Point, Excel, dan Publisher pada 8 Januari-28 Februari 2019.  Selain itu, Cik Supang juga amat berminat untuk mempelajari Adobe Photoshope yang merupakan sesuatu yang baharu bagi beliau.  Kini beliau telah berjaya mempraktikkan semua kemahirannya dan dapat membantu ahli keluarga yang lain untuk belajar tentang kemahiran ICT.

Bagi Cik Supang, pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan oleh petugas-petugas di Pusat Internet Sungai Ragei amat baik dan berkesan kerana bersesuaian dengan keperluan semasa.  Bukan sahaja menekankan aspek teori malahan tumpuan turut diberikan kepada praktikal atau ‘hands-on’ dan ini meudahkan beliau lebih memahami dengan lebih cepat modul yang diajar. Selain menghadiri sesi kelas yang formal, beliau juga mendapat bimbingan tambahan di luar masa kelas kerana mempunyai laptop.  Selain mahir menggunakan PC/Komputer yang sedia ada di Pi, beliau juga turut menambahkan kemahiran menggunakan laptop.  Bimbingan untuk menguasai kemahiran menggunakan laptop juga diberi secara percuma dan ini telah memudahkan beliau belajar ICT.

ss1ss2ss3

ss4

ss5


 

USAHAWAN KECIL-KECILAN : DOORMIT KITCHEN & BAKERY

Nama : Puan Dori Binti Alan
Umur : 32 tahun
Ahli : 2017


Latar belakang

Puan Dori binti Alan merupakan usahawan baru Pusat Internet Sungai Ragei. Beliau merupakan antara usahawan yang aktif dan giat dalam mengembangkan perniagaannya baik meningkatkan kualiti produk mahupun mempromosikan produk keluarannya. Baru-baru ini Puan Dori Alan telah mengunjungi Pusat Internet untuk mendapatkan bimbingan melalui kursus ICT yang ditawarkan bagi menambahbaik aktiviti promosi produk homemade. Antaranya cup cake, kuih muih, biskut, cookies dan mee jawa (mengikut permintaan).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Dori Alan sekeluarga yang mengusahakan bakeri ini dirumah sendiri dan mendapat permintaan yang tinggi terutama pada musim perayaan. Cara beliau mempromosikan produk kek ialah melalui kawan-kawan dan saudara mara. Buat masa ini beliau telah membuka akaun Instagram bagi tujuan mendapatkan perhatian pengguna laman sosial itu terutama di kawasan Mukah yang dinamakan Dormit_kitcbaked.

Pendapatan beliau sederhana dan cukup untuk memusingkan modal. Jika ada lebih, beliau dan keluarga terutama suaminya akan menyimpan hasil pendapatan untuk membeli asset perniagaan seperti mesin.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pusat Internet

Puan Dori Alan mendapati pendapatannya kini semakin bertambah terutama pada musim-musim perayaan sehingga terpaksa menolak tempahan daripada pelanggan.

Kebanyakkan pelanggan mengetahui bukan sahaja melalui promosi oleh kawan-kawan dan saudara mara sahaja malahan melalui Instagram yang dibuatnya sejak beberapa bulan lalu iaitu Dormit_kitcbaked. Walaupun belum ada follower yang ramai, nmun beliau sudah mempunyai pelanggan tetap.

Pada 2017, beliau mengikuti Kursus Asas Online Business yang dianjurkan oleh Pusat Internet Sungai Ragei sempena program literasi ICT. Dalam kursus ini, Puan Dori telah didedahkan dengan medium baru untuk mempromosikan produk iaitu laman sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Youtube dan sebagainya.

Pada 9hb Jun 2018 yang lepas, Puan Dori sekali lagi mengikuti Bengkel E-Business for Beginner dan diberikan latihan oleh petugas Pusat Internet untuk mengendalikan Myshop, iaitu sebuah applikasi untuk mempromosikan produk perniagaan seperti Lazada, Shoppe dan e-Bay.

Latihan ICT melalui bengkel-bengkel yang dianjurkan amat membantu peserta dalam memantapkan pengetahuan ICT seterusnya membantu untuk meningkatkan pendapatan melalui promosi di media massa.

Gambar Produk Doormit Kitchen & Bakery

Logodormit1

IGUSAHAWAN

B.E-BUSINESS 7

B.E-BUSINESS 9